BERITA

MITI harap insentif, geran padanan bagi DDI dalam belanjawan 2020: Ong



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang berbincang dengan Perbendaharaan mengenai insentif dan geran padanan bagi pelaburan langsung domestik (DDI) dan berharap ia diumumkan di bawah Belanjawan 2020. 

"Kita mahu terus menjadikan Malaysia destinasi pelaburan sangat baik bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan dalam masa yang sama, juga mahu memastikan adanya insentif dan geran padanan yang sesuai bagi industri domestik. 

"Tahun lepas, DDI turun sedikit. Jadi, ini adalah bahagian yang kita mahu lebih beri tumpuan, bagi memastikan kelembapan pada 2018 disebabkan perubahan dalam kerajaan boleh ditangani tahun ini dan juga melangkah ke 2020,” kata Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming pada majlis Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2019 dan forum di sini, hari ini. 

Majlis itu dianjurkan oleh Kedutaan Korea Selatan di sini. 

Pada 2018, FDI Malaysia mencecah paras tertinggi sebanyak RM80.5 bilion, melonjak 48 peratus daripada RM54.4 bilion pada 2017.

Bagaimanapun, DDI turun 17.1 peratus kepada RM121.2 bilion susulan penurunan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ong berkata Malaysia berharapkan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dan kerjasama dinamik dari Korea Selatan. 

Beliau berkata industri halal adalah antara bahagian yang menerima minat yang besar dari banyak  negara, termasuk Korea Selatan. 

"Sehubungan itu, Malaysia ingin menawarkan kepakaran kita dalam membantu syarikat Korea Selatan, terutamanya yang berada di Malaysia untuk menembusi pasaran halal global.  

"Dengan permeteraian Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Halal antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Agensi Penggalakan Pelaburan Perdagangan Korea baru-baru ini, saya menggesa pelabur dari Korea Selatan untuk datang dan melabur di Malaysia dan menimba pengetahuan dalam mengguna pakai dasar halal atau mesra Muslim daripada kami,” katanya. 

Ong berkata tahun depan, Malaysia dan Korea Selatan akan meraikan hubungan diplomatik ke-60 dan berharapkan lebih banyak penglibatan syarikat swasta untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara. 

Pada 2018, Korea Selatan merupakan rakan dagangan global ke-8 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada RM72.60 bilion.

Sejumlah 376 projek pembuatan dengan penyertaan pelabur Korea Selatan dilaksanakan pada tahun itu dengan pelaburan bernilai RM25.89 bilion

"Dengan pengumuman permulaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea Selatan (MKFTA) pada Jun 2019, saya percaya ia boleh meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara bagi kemakmuran jangka panjang bersama. 

"Juga, negara seperti Korea Selatan, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ASEAN 3, serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan 16 anggota, sudah pastinya boleh mendapat manfaat daripada perkongsian ini,” kata Ong. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel