BERITA

Belanjawan 2021: Permulaan yang baik untuk golongan rentan - Ras Adiba

Senator Datuk Ras Adiba Radzi

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan di peringkat dasar baru-baru ini, disifatkan sebagai permulaan yang baik untuk golongan rentan, demi kebaikan mereka.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Radzi berkata, inisiatif PenjanaKerjaya contohnya, membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU berkata, selain mensasarkan satu peratus pengambilan OKU dalam sektor awam, kerajaan turut menggalakkan sektor swasta mengambil golongan berkenaan dalam syarikat mereka.

“Hasilnya, menerusi program ‘HireMalaysia’ di bawah Penjana, banyak syarikat swasta turut menawarkan peluang pekerjaan kepada OKU, dan telah mendapat sambutan dalam kalangan OKU.

“Bagi syarikat swasta yang mengambil golongan OKU bekerja, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus,” katanya dalam program Pesona XY bertajuk, ‘Belanjawan 2021 Prihatin Golongan Rentan’ yang disiarkan di TV1 hari ini.

Di bawah inisiatif itu, insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.


Senator Ras Adiba Radzi (left)

Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus.

Ras Adiba berkata seramai 3,598 anggota OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam dalam pelbagai bidang, bilangan itu merangkumi 0.28 peratus daripada keseluruhan perkhidmatan awam, setakat 21 Ogos.

“Dalam hal ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengambil langkah hanya mengenakan syarat kelayakan minimum kepada calon OKU, berdasarkan syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyentuh mengenai kempen mendaftarkan OKU perlu dipergiatkan, agar tiada golongan berkenaan tercicir dan terpinggir dalam arus kemodenan negara.

“Kerajaan perlu turun ke padang agar OKU dan ahli keluarga mereka dapat tampil untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ini kerana pendaftaran OKU di negara kira masih kurang, dan bilangan OKU berdaftar setakat ini hanyalah sekitar 560,000 orang sahaja,” katanya.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 15 peratus daripada populasi sesebuah negara adalah dari komuniti OKU, bermakna OKU di negara ini adalah 4.7 juta orang.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja dari RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU dari RM400 ke RM450, bantuan penjagaan OKU dari RM350 ke RM500, program khidmat bantu di rumah (RM400 maksimum untuk sukarelawan), RM5 pas perjalanan bulanan tanpa had, RM45 juta untuk memperkasa pendidikan khas, RM5,000 pelepasan cukai pasangan OKU serta inisiatif pengambilan pekerja OKU di bawah PenjanaKerjaya.

-- BERNAMA




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel