KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima reaksi neutral dalam kalangan peserta pasaran, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan Affin Hwang Asset Management Bhd Teng Chee Wai berkata pasaran akan terus memantau unjuran pendapatan sementara menantikan cadangan belanjawan itu diluluskan parlimen.
“Kerajaan mungkin mencari cara lain untuk mengumpul pendapatan bagi mengekalkan peruntukan belanjawan sementara syarikat terpaksa berusaha keras di celah-celah kelembapan ekonomi.
“Namun, apa yang kita maklum, apa yang dilakukan Belanjawan 2021 ialah berbelanja untuk segmen rakyat yang amat memerlukan,” kata beliau dalam webinar "The Trend | 2020 Market Review & Outlook’ di sini hari ini.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021, pendapatan kerajaan dijangka mencecah RM236.9 bilion atau 15.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun hadapan.
Unjuran yang tinggi ini berdasarkan kepada jangkaan peningkatan kutipan hasil cukai kepada RM174.4 bilion dan hasil bukan cukai sebanyak RM62.5 bilion.
Teng berkata kegagalan untuk meluluskan peruntukan berkenaan mungkin boleh menyebabkan pasaran diselubungi oleh sentimen berisiko.
Beliau berkata kelulusan belanjawan amat penting untuk pelabur dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang kini sedang dalam pemulihan.
“Ia akan menyediakan ruang yang lebih luas untuk pelabur melabur dengan banyak," katanya dan bagi pihak peserta pasaran lain, beliau berharap kerajaan akan mengembangkan agenda yang lebih strategik untuk membantu pemulihan ekonomi daripada pandemik COVID-19 dan terus mempertahankan Malaysia sebagai negara pilihan pelabur.
Pada Khamis, pasaran memberikan tindak balas positif selepas Belanjawan 2021 diluluskan dengan ringgit mengakhiri urus niaga lebih tinggi dalam tempoh hampir 11 bulan berbanding dolar AS manakala di Bursa Malaysia, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 14.53 mata pada 1,612.11 berbanding 1,597.58 ketika ditutup petang Rabu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel