Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyatakan ia merupakan satu rangsangan fiskal yang besar yang akan memacu pertumbuhan dan pekerjaan di negara ini.
Presidennya Datuk Seri Alias Abd Rahman berkata, kerja bernilai RM1.3 bilion untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan yang baru berdaftar untuk tahun depan akan membantu merangsang aktiviti ekonomi.
"Kami agak pasti kontraktor tempatan yang sudah lama "kekeringan” kerja akan dapat menarik nafas lega dengan lebih banyak kerja untuk dibida tahun depan," katanya kepada Bernama hari ini.
Lim, semasa membentangkan Belanjawan 2020 minggu lepas, mengumumkan kontraktor Bumiputera sedia ada dan yang baru berdaftar akan berpeluang membida projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion khusus untuk mereka tahun depan.
Alias berkata, projek tambahan untuk kontraktor akan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
"Apabila kerja kontrak dan pekerjaan diwujudkan, ia akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan akan membantu mengubah prospek ekonomi," katanya.
Presiden Persatuan Kontraktor G1 Labuan Chemat Mustapha berkata apabila kerajaan mula melaksanakan pembaharuan ekonomi untuk memastikan kesejahteraan negara, golongan korporat dan perniagaan perlu menyokong.
Beliau berkata tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk membangunkan ekonomi yang dipacu sektor swasta dan bukannya bergantung kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor awam.
"Lebih banyak negara sedang berusaha untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dipacu permintaan dan peranan ini dimainkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang terhadap aktiviti ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk negara," katanya.
Chemat berkata peningkatan jumlah pekerjaan adalah baik untuk sektor pembinaan secara keseluruhannya kerana ia diterjemahkan kepada lebih banyak kerja.
"Ini adalah berita gembira kepada semua ahli kami, terutama kontraktor Kelas E dan F yang lebih kecil. Ada antara mereka yang mengalami kerugian serius kerana kekurangan kerja," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel