KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan tidak akan membentangkan Belanjawan 2021 yang bersifat mengembang tanpa keyakinan kepada prestasi ekonomi akan datang.
“Kedudukan negara dalam kalangan 20 peratus teratas dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di peringkat global adalah indikator-indikator yang memberi satu pandangan yang lebih luas.
“Kita tidak akan membentangkan belanjawan yang dipanggil belanjawan mengembang kalau kita tidak mempunyai keyakinan kepada prestasi ekonomi pada masa akan datang, tetapi kita membentangkan anggaran dan hasil tahun 2021,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Kewangan 2020 yang kemudiannya diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang berpendapat bahawa unjuran yang dibuat kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah tidak realistik berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara pada tahun ini.
Mohd Shahar berkata ahli parlimen masih boleh membuat semak dan imbang sekiranya prestasi ekonomi berada di luar jangkaan.
“Kita amat berterima kasih kepada (pasukan) Kementerian Kewangan yang bertungkus lumus untuk memastikan segala pandangan diambil kira dalam apa jua keadaan bagi memastikan ekonomi kita mencapai seperti yang diunjurkan KDNK negara pada 2021,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) berkata lanjutan Pengecualian Cukai Skim Persaraan Swasta (PRS) kepada RM3,000 setahun sehingga 2025 adalah satu langkah positif oleh kerajaan yang melihat persediaan rakyat ke arah kesejahteraan persaraan sebagai satu kepentingan nasional.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel