BERITA

Pengecualian cukai PRS yang dilanjutkan sehingga 2025 akan menguntungkan penyimpan - PPA



KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) berkata lanjutan Pengecualian Cukai Skim Persaraan Swasta (PRS) kepada RM3,000 setahun sehingga 2025 adalah satu langkah positif oleh kerajaan yang melihat persediaan rakyat ke arah kesejahteraan persaraan sebagai satu kepentingan nasional.

 Pengerusi PPA Datuk Zaiton Mohd Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata pengecualian cukai PRS yang diberikan kepada individu yang menyimpan dalam skim sukarela telah terbukti efektif dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat lebih simpanan untuk persaraan mereka.

“Melanjutkan pengecualian cukai PRS sehingga 2025, yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, adalah satu langkah positif oleh kerajaan yang melihat persediaan rakyat ke arah kesejahteraan persaraan sebagai satu kepentingan nasional, terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Pentadbir pusat itu berkata hampir setengah juta ahli PRS telah membuat caruman terkumpul sebanyak RM4.4 billion dalam nilai aset bersih.

“Bagi ahli PRS yang masih belum memaksimumkan pengecualian cukai mereka untuk tahun 2020, mereka juga boleh tambah nilai akaun PRS mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi aplikasi PRS Online,” katanya.

Di samping itu, pencarum baharu berpeluang untuk menambahkan lagi simpanan persaraan mereka melalui peraduan 'Jom PRS, Get Treats!' PPA, yang menampilkan cabutan bulanan dan ganjaran bernilai sehingga RM30,000 dalam bentuk unit tersedia untuk dimenangi, bermula dari sekarang sehingga 14 Disember 2020.

“Walaupun dalam tahun yang mencabar disebabkan pandemik COVID-19, industri PRS kekal berdaya saing.

“Pada tahun ini, disebabkan pelaksanaan penjarakan fizikal, PPA telah menjalankan hampir kesemua inisiatif pendidikan kewangan secara dalam talian, antaranya menerusi siri webinar, laman web e-pendidikan yang berwajah baharu serta produksi untuk video bersiri enam episod tentang simpanan dan perancangan persaraan dengan PRS,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel