KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Pengarah Perubahan Iklim dan Perkhidmatan Kemampanannya Arina Kok berkata terdapat ruang lingkup yang signifikan untuk syarikat senaraian awam memanfaatkan penilaian risiko iklim bagi membina daya tahan organisasi yang membantu mewujudkan nilai jangka panjang pada masa yang mencabar hari ini.
“Ketika masyarakat dan ekonomi bergelut dengan pandemik COVID-19 dan trend perubahan iklim yang mempengaruhi seluruh rantau ini, pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko tidak dapat membangunkan strategi yang komprehensif dan mantap untuk memperkuat daya tahan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan terbitan dapatan kaji selidik Barometer Pendedahan Risiko Iklim (CRDB) EY 2020 pertama yang mendapati 100 syarikat senarai awam utama Malaysia tidak mempunyai pendedahan risiko iklim komprehensif, iaitu hanya 34 peratus liputan berkaitan risiko perubahan iklim dan 12 peratus untuk kualiti pendedahan.
Skor yang lebih tinggi untuk liputan metrik dan sasaran adalah 45 peratus, diikuti pengurusan risiko 41 peratus.
Menurut kaji selidik itu juga, liputan terhadap tadbir urus dan strategi juga rendah iaitu masing-masing pada 22 peratus dan 24 peratus.
Dapatan itu adalah berdasarkan analisis pendedahan pelaporan oleh syarikat senaraian awam berkenaan, yang ditanda aras terhadap cadangan oleh Pasukan Petugas Khas Mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) dalam empat bidang -- tadbir urus, strategi, pengurusan risiko dan metrik dan sasaran.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) berkata lanjutan Pengecualian Cukai Skim Persaraan Swasta (PRS) kepada RM3,000 setahun sehingga 2025 adalah satu langkah positif oleh kerajaan yang melihat persediaan rakyat ke arah kesejahteraan persaraan sebagai satu kepentingan nasional.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel