BERITA

Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin

Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (Gambar fail)

Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia memberi manfaat yang seimbang kepada majikan dan pekerja.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar ‘menang-menang’, seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.

“Dalam sektor swasta, kebanyakan adalah ‘business based’… kerajaan perlu memikirkan sesuatu insentif kepada majikan, sebab majikan mungkin terpaksa tanggung kesan tertentu semasa ketiadaan pekerjanya yang bercuti… perlu ada dasar yang saling menguntungkan.

“Kerajaan juga boleh mempertimbangkan penggunaan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk menangani isu ini. Kita khuatir apabila hanya pekerja sahaja mendapat manfaat, majikan akan takut menggajikan pekerja wanita sekali gus akan wujud isu diskriminasi terhadap golongan ini,

“Cadangan (90 hari cuti bersalin) sudah molek (baik), tapi perlu diperhalusi lagi agar beri manfaat kepada pekerja, majikan, kerajaan dan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebelum ini, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dilaporkan berkata majikan berisiko menanggung peningkatan kos operasi hingga RM2.7 billion setahun sekiranya tempoh cuti bersalin 90 hari itu dikuatkuasakan pada 2021 nanti.

Memperjelaskan perkara itu kepada Bernama, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan melihat majikan yang menjalankan perniagaan kecil adalah yang paling berisko menanggung kesan itu berbanding majikan daripada syarikat besar.

“Di Malaysia ada lebih 650,000 majikan daripada perniagaan kecil yang kebanyakannya menggajikan kurang daripada 10 pekerja dan perkara (cuti bersalin) ini dikhuatiri akan menambahkan beban kewangan dan kekangan dalam menjalankan perniagan pada majikan terbabit.

“Kita tidak menentang hasrat kerajaan itu, namun kerajaan perlu meneliti pilihan lain untuk pekerja yang pada masa sama membantu majikan juga,” katanya.

Jelasnya, kerajaan harus mengkaji secara mendalam cadangan itu termasuklah tidak menjadikan ia sebagai perkara yang mandatori kepada majikan sebaliknya lebih fleksibel dan terbuka.

Shamsuddin mencadangkan agar kerajaan membantu majikan menanggung kos tambahan (tambahan 30 hari bercuti) menerusi perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Skim Insurans Pekerja (EIS).

“Sebagai alternatif, kerajaan boleh menyediakan mekanisme yang sesuai untuk menanggung kos tambahan 30 hari, seperti sebagaimana majikan dan pekerja menyumbang kepada EIS.

Beliau berkata kerajaan perlu fleksibel dengan membenarkan majikan membuat keputusan sama ada untuk memberi cuti tambahan berdasarkan pertimbangan budi bicara dan keadaan organisasi atau pekerja itu boleh diberi cuti tanpa gaji.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan bercadang untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari mulai 2021 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh.

Lim berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel