BERITA

FMM harap pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai korporat kepada 20 peratus daripada 24 peratus sekarang dalam Belanjawan 2020 akan datang.

Presidennya, Datuk Soh Thian Lai berkata kerajaan boleh mencontohi Singapura dan Vietnam yang mengurangkan cukai korporat mereka bagi membolehkan pemain industri menikmati keuntungan tinggi dalam keadaan persekitaran sekarang.

“Dengan lebih banyak keuntungan, mereka (pemain industri) boleh membuat lebih banyak pelaburan,” katanya pada taklimat media bersempena dengan pengumuman Kaji Selidik Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi separuh pertama 2019, di sini, hari ini. 

Belanjawan 2020 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 11 Okt tahun ini.

Soh berkata 40 peratus daripada 509 responden berharap cukai korporat boleh dikurangkan dalam Belanjawan 2020.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli-ahli persatuan itu memahami masalah yang dihadapi kerajaan, terutamanya dalam menangani hutang negara yang besar. 

Sementara itu, ahli majlis FMM Tan Sri Saw Choo Boon mencadangkan peningkatan asas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam belanjawan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. 

“Atau mereka boleh mengurangkan perbelanjaan operasi dan memperuntukkan lebih banyak peruntukan bagi belanjawan pembangunan,” katanya. 

Soh yang turut bersetuju dengan pandangan Saw berkata dalam tahun-tahun sebelumnya, hanya 17-18 peratus daripada belanjawan tahunan yang berjumlah RM250 bilion diperuntukkan bagi tujuan pembangunan.  

“Sekiranya kerajaan boleh meningkatkannya kepada 24 atau 25 peratus, pada masa yang sama mengurangkan pembaziran atau ketirisan, ia sudah pastinya akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. 

Kaji selidik itu yang diadakan secara kerjasama dengan MIER, dijalankan dari 4 Jun-28 Julai, 2019 merangkumi 509 ahli FMM di seluruh negara.

-- BERNAMA




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel