BERITA

Kerajaan ada bajet pelaksanaan program sarapan percuma - Dr Mahathir



Oleh Linda Khoo

HANOI,  28 Ogos – Kerajaan mempunyai bajet untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan boleh menggunakan dana disatukan daripada pelbagai kementerian dan agensi untuk pelaksanaan program PSP yang akan memanfaatkan murid sekolah rendah kerajaan serta bantuan kerajaan.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk pelaksanaan program PSP termasuk dengan menggunakan kutipan cukai gula, Dr Mahathir berkata semua cadangan akan diperhalusi.

“Semua cukai dikutip akan diagihkan kepada kementerian dan agensi mengikut keperluan. Kalau ada keperluan untuk peruntukan tambahan, kita akan pertimbangkan, kalau kita mampu , kita akan bagi.

“Tetapi kita harus ingat kerajaan terdahulu meninggalkan banyak hutang dan kerajaan kini kena bayar (hutang),” katanya kepada pemberita Malaysia  sebelum mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam di sini hari ini.

Ditanya menu yang sesuai untuk sarapan murid, Dr Mahathir berkata banyak menu sihat yang sesuai untuk program PSP.

Isnin lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Media melaporkan kerajaan dijangka perlu membelanjakan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setahun, bergantung kepada menu sajian PSP.

Sementara itu, dalam akaun Facebook dan Twitter, Maszlee berkata kementerian masih meneliti kos bersesuaian bagi pelaksanaan PSP.

Sebuah jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi membincang secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan, termasuk penggunaan dana daripada cukai gula.

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel