KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan RM500 atau lebih kepada pekerja swasta menerusi Belanjawan 2020 selain meningkatkan had umur bersara mandatori kepada 65 tahun.
Dalam satu kenyataan hari ini, MTUC berkata cadangan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober itu juga perlu merangkumi program-program mesra rakyat yang dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka yang terpinggir.
Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata cadangan pemberian COLA itu adalah antara saranan yang dikemukakan oleh MTUC kepada kerajaan pada 26 Ogos lalu untuk dipertimbangkan dalam penggubalan belanjawan tersebut.
Malah, katanya, pemberian COLA itu juga tidak boleh ditangguhkan lagi berikutan tekanan kos sara hidup yang kian meningkat.
Ia juga sejajar hasil kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini yang mendapati Malaysia menggunakan kaedah lapuk menetapkan Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) yang juga antara faktor utama digunakan oleh kerajaan bagi penetapan kadar gaji minimum pekerja.
“Kerajaan harus menerima hakikat bahawa rakyat kelas pertengahan dan berpendapatan rendah tidak lagi berupaya menyara diri dan hidup dalam serba kekurangan
“MTUC bukannya mendesak kenaikan gaji bersih tetapi mahukan pendapatan yang dapat menampung kos sara hidup pekerja. Kajian PBB menunjukkan kadar kemiskinan sebenarnya adalah antara 15 peratus sehingga 20 peratus dan ini berkait secara langsung dengan upah rendah pekerja,” katanya.
Solomon berkata majikan juga tiada alasan untuk menangguhkan pemberian COLA untuk pekerja memandangkan mereka “bertahun-tahun memperkayakan (syarikat) hasil pelaksanaan PLI yang tidak betul sehingga menyebabkan pengagihan pendapatan yang amat tidak seimbang.”
Selain itu, Solomon berkata had umur persaraan juga harus dinaikkan kerana gaji rendah itu menyebabkan pekerja tidak memiliki simpanan mencukupi untuk menampung usia persaraan panjang dengan mengambil kira purata jangka hayat rakyat negara ini yang dijangka meningkat kepada 80 tahun.
Ia juga bagi memastikan pekerja memiliki simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencukupi dan mengelak mereka terlalu bergantung kepada ahli keluarga, masyarakat dan kerajaan bagi tujuan sara diri.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel