BERITA

Bajet 2020: MTUC mohon elaun Cola minimum RM500, tingkat umur persaraan



KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memohon kerajaan memperkenalkan pemberian elaun bantuan sara hidup (Cola) minimum RM500 kepada pekerja dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun.

Setiausaha Agung MTUC J. Soloman berharap cadangan itu dapat diperkenalkan menerusi Bajet 2020 yang akan dibentangkan Oktober ini untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja dan meningkatkan tahap ekonomi rakyat yang terpinggir.

"Pemberian Cola kepada pekerja adalah selari dengan peningkatan kos sara hidup selain mengambil kira Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Soloman berkata  pemberian Cola kepada semua pekerja kumpulan B40 dan M40 itu adalah cara berkesan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan serta gaji minimum yang tidak memadai.

Mengenai had umur persaraan pula, Soloman berkata ia perlu dinaikkan mandatori 65 tahun bagi membolehkan pekerja mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung tempoh persaraan selain mengambil kira purata jangka hayat rakyat Malaysia pada masa hadapan yang dijangka menokok ke 80 tahun. 

"Kenaikan had umur itu akan menambah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) pekerja berpendapatan rendah sekali gus memastikan warga emas tidak terlalu bergantung kepada ahli keluarga, masyarakat mahupun kerajaan untuk menyara diri," katanya.

Sehingga kini, had umur persaraan yang ditetapkan untuk pekerja swasta adalah sehingga 60 tahun.

Selain itu, antara cadangan lain yang dikemukakan MTUC adalah pengenalan hak asasi manusia dan hak pekerja dalam sukatan pelajaran sekolah menengah dan pendidikan tinggi, menambah akses kepada program latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) dan menambah kerjasama antara industri dan pembekal TVET sebagai saluran utama menambah kemahiran kumpulan sasaran.

Dua lagi cadangan adalah memastikan pekerja dibela dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 dan menambah kemudahan pekerja dan peluang pekerjaan yang menawarkan upah lebih baik serta tempat kerja yang berkualiti serta berpersatuan untuk semua pekerja.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel