BERITA

Kerajaan dijangka mengukuhkan fiskal secara berperingkat dalam belanjawan 2020 - Standard Chartered



KUALA LUMPUR, 3 Sept -- Belanjawan 2020 mungkin menyaksikan kerajaan melaksanakan pengukuhan fiskal secara berperingkat bersandarkan prospek pertumbuhan yang lebih mencabar, namun ini tidak akan menimbulkan sebarang kebimbangan dari sudut penarafan, kata Standard Chartered Global Research.

"Terdapat ruang bagi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperkemas dasar monetarinya untuk menyokong pertumbuhan berikutan langkah taktikalnya menerusi pengurangan kadar pada bulan Mei dan peningkatan pertumbuhan yang berdaya tahan. 

"Selera pelabur untuk tempoh itu disokong oleh kecairan tempatan yang mencukupi, prospek dasar monetari yang longgar dan tekanan bekalan yang rendah," katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu berkata langkah-langkah perolehan baharu itu telah dilaksanakan dan akan membantu menangani kekurangan hasil yang disebabkan oleh perubahan cukai.

Sementara itu, katanya projek-projek infrastruktur mega yang dimulakan semula dijangka dapat membantu memangkin pelaburan swasta.

"Kelulusan pelaburan meningkat lebih daripada 60 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2019, dengan penyertaan tempatan dan asing yang kukuh," katanya sambil menambah bahawa Malaysia telah melihat peningkatan pesanan dan minat pelaburan disebabkan oleh perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata Vietnam dilihat sebagai pesaing terhadap pelaburan tersebut.

"Untuk itu, jenis pelaburan yang diharapkan oleh Malaysia adalah berbeza. Sebagai contoh, Malaysia tidak boleh bersaing dengan Vietnam berdasarkan asas kos dan penyediaan pekerja. Oleh itu, ia akan mencari nilai tambah yang lebih tinggi dan kurang pelaburan berintensifkan pekerja," katanya.

Di samping itu, BNM dilaporkan berkata bahawa sekiranya perang perdagangan meningkat, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar mungkin dipengaruhi oleh -0.1 mata peratusan (ppt) lagi pada 2019.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel