BERITA

DNeX harap belanjawan 2020 libatkan lebih banyak projek berkaitan teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Sept  -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) berharap kerajaan akan melancarkan lebih banyak projek yang berkaitan dengan teknologi dalam Belanjawan 2020 kelak .

Timbalan Pengerusi Eksekutif DNex, Datuk Samsul Husin berkata ini  terutamanya merujuk kepada projek yang pasukan DNeX mempunyai kemampuan dan bersedia untuk melaksanakannya.

"Sebagai contoh (ini boleh melibatkan) projek yang berkaitan dengan lejar digital terbuka dan kecerdasan buatan yang memerlukan pekerja, terutamanya golongan muda, perlu mempunyai kemahiran, keupayaan dan pengetahuan untuk menjalankan perkhidmatan ini," katanya kepada pemberita pada Pameran Hari Korporat MIDs Gems anjuran Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Samsul berkata DneX sedang mempersiapkan para pekerjanya untuk mengamalkan dan mengguna pakai Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) untuk berada pada kedudukan terbaik pada masa depan.

Kerajaan dijadual membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen pada 11 Okt.

DNeX adalah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, ia terlibat dalam teknologi maklumat dan perkhidmatan elektronik serta sektor tenaga.

Selain itu, kumpulan itu, menerusi anak syarikatnya, Dagang Net Technologies Sdn Bhd, mengendalikan Tetingkap Tunggal Kebangsaan bagi Sistem Kemudahan Perdagangan untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel