BERITA

Mah Sing harap pengecualian duti setem diteruskan dalam Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan akan meneruskan pengecualian pembayaran duti setem kepada pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober ini.

Pengasas/Pengarah Urusan kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, ini berikutan, insentif di bawah Kempen Pemilikan Rumah itu membantu merangsang industri dan mengurangkan hartanah tidak terjual.

“Kami berharap insentif tersebut akan diteruskan khususnya kepada pembeli rumah pertama bagi mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), Leong berharap kerajaan akan mempertimbang menghapuskan cukai itu sebagai dorongan untuk merancakkan pasaran sekunder berikutan ketika ini RPGT memberi kesan kepada sesiapa yang berhasrat menaik taraf rumah. 

“Pelaksanaan RGPT terhadap hartanah yang dijual selepas lima tahun memberi kesan kepada segmen hartanah perumahan berharga tinggi,” katanya.

Pemaju perumahan itu juga berharap kerajaan akan mempertimbang untuk melonggarkan garis panduan pinjaman supaya lebih ramai pembeli rumah pertama dan kumpulan berpendapatan rendah dapat membuat pinjaman perumahan.

Turut dicadangkan termasuk meningkatkan nisbah liputan perkhidmatan hutang kepada antara 70 hingga 80 peratus berbanding 60 peratus pada masa ini bagi kumpulan berpendapatan rendah, mengurangkan sumbangan pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan melanjutkan tempoh pinjaman melebihi 45 tahun.

Mah Sing juga berharap harga minimum pemilikan rumah kepada warga asing dikurangkan kepada RM600,000 berbanding RM1 juta untuk mengurangkan masalah hartanah tidak terjual pada masa ini.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel