BERITA

KKM mohon peruntukan dalam Belanjawan 2020 laksana EMR

Dr Lee Boon Chye

KUANTAN, 13 Sept -- Kementerian Kesihatan (KKM) berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangkan pada Oktober ini bagi pelaksanaan Rekod Kesihatan Elektronik (EMR).

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata sistem tersebut amat penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik, selain memudahkan pesakit.

"Sistem EMR membolehkan setiap pesakit mempunyai data peribadi mengenai rekod kesihatan ketika menerima rawatan di hospital dan klinik seperti rekod alergik dan sejarah penyakit membolehkan mereka tidak perlu lagi melakukan ujian makmal berulang kali.

"Ini adalah antara perkara yang kita harap diberi pertimbangan yang mana KKM sudah mengemukakan cadangan bagi penilaian Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah. 

Selain itu, Dr Lee berharap peruntukan yang lebih dapat diberikan dalam pelaksanaan program kesihatan rakyat seperti Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang sebelum ini menerima peruntukan sebanyak RM100 juta, bagi memastikan lebih ramai dapat menerima manfaatnya. 

Sementara itu, mengulas mengenai jerebu yang melanda negara ketika ini, Dr Lee berkata KKM menyediakan 22 klinik kesihatan di seluruh negara bagi memantau dua jenis penyakit yang biasa berlaku akibat jerebu.

"Semua klinik kesihatan ini merekodkan maklumat berkaitan penyakit konjunktivitis atau sakit mata dan penyakit lain membabitkan masalah pernafasan," katanya. 

Selain itu, Dr Lee juga melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes denggi walaupun usaha memerangi penyakit berkenaan giat dilakukan yang setakat 7 Sept lalu, sebanyak 1,639 kes dicatatkan iaitu meningkat sebanyak 998 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Peningkatan tahun ini amat ketara terutamanya di kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi dan kita menjangkakan peningkatan antara 150 hingga 200 peratus tahun ini jika tiada langkah efektif diambil terutamanya oleh penduduk sendiri," katanya.

Katanya, gotong-royong mega memerangi denggi peringkat nasional akan dilancarkan pada 15 Sept ini di Butterworth, Pulau Pinang dan akan diadakan serentak di negeri lain. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel