KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mencadangkan belanjawan tambahan bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Oleh itu, vendor dan perniagaan dalam sektor pelancongan di seluruh negara, terutamanya di Sabah, digalakkan untuk menghantar cadangan baik kepada Perbendaharaan menerusi saluran seperti sesi Kumpulan Fokus, serta laman portal kerajaan, Portal Belanjawan 2020, katanya.
"Kerajaan memberi penekanan kepada pendekatan usaha sama dan oleh itu, dalam Belanjawan 2019, RM100 juta diperuntukkan untuk geran yang sesuai untuk program pemasaran dan promosi antarabangsa.
"Kemakmuran bersama hanya dapat dicapai melalui tanggungjawab bersama kita untuk memperbaiki ekonomi negara secara amnya, dan khususnya pelancongan," katanya pada Sesi Kumpulan Fokus: Menggalakkan Pelancongan Dan Kawasan Strategik Lain Di Sabah, yang diadakan semalam di Kota Kinabalu.
Pada tahun 2018, jumlah ketibaan pelancong sebanyak 25.8 juta. Bagi separuh pertama tahun ini, angka ketibaan telah mencapai 13.3 juta.
Selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan menyasarkan peningkatan jumlah ketibaan pelancong kepada 30 juta orang.
Lim menyatakan keyakinan bahawa Sabah akan menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan jumlah pelancong.
Untuk menyokong usaha negara dalam aktiviti pelancongan yang semakin meningkat, kerajaan dalam Belanjawan 2019 bersetuju untuk mengembalikan 50 peratus dari hasil cukai pelancongan negeri masing-masing.
Sehingga Mac 2019, RM67.7 juta diagihkan kepada semua kerajaan negeri, Sabah menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM12.7 juta.
"Perkongsian hasil ini akan diteruskan dengan tujuan menyumbang kepada penyelenggaraan kemudahan pelancongan. Sabah dan Sarawak akan terus menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020, seperti dalam belanjawan sebelumnya, " kata Lim.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel