BERITA

Kerajaan perlu peruntukkan insentif sokongan kepada PKS dalam belanjawan 2020 - Pakar industri

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pakar industri revolusi automasi berpendapat kerajaan patut memperuntukkan insentif sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta mewujudkan persekitaran kondusif untuk mereka berkembang maju.

Penaung Persidangan Pembuatan Pintar Antarabangsa 4.0 (ISMC 2019) Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata terdapat dua fasa untuk itu, iaitu melibatkan kerajaan dan juga sektor swasta.

"Dalam fasa pertama, peranan kerajaan adalah untuk mewujudkan ekosistem kondusif, untuk memudahkan PKS menjalankan perniagaan mereka, manakala (PKS) juga boleh dengan mudah melakukan transformasi atau peralihan ke dalam teknologi terkini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu,  Abdul Rahman yang juga pengerusi Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd berkata hanya pada fasa kedua akan melibatkan sektor swasta, antara lain  bagi mendapatkan pinjaman, pertukaran (model) operasi atau mengurangkan pekerja asing.

"Diharapkan dalam Belanjawan 2020 akan datang, kerajaan akan memperuntukkan sedikit  wang ke arah mewujudkan ekosistem kondusif berikutan negara-negara di rantau ini sudah membelanjakan bilion dolar ke arah perkara itu.

"Kita tidak boleh hanya minta PKS melakukan tranformasi daripada (revolusi industri) 1.0, 2.0 kepada  4.0, (itu mustahil) kerana mereka kecil," katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja ekosistem yang diwujudkan adalah kondusif, sektor swasta pastinya akan tahu apa yang perlu dilakukan, dan sebaiknya menyerahkan perkara itu kepada mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) Prof Ishkandar Baharin turut menyokong gesaan bagi lebih banyak insentif untuk menyokong PKS.

Beliau berkata dengan sokongan itu, PKS juga mungkin dapat mengurangkan kos operasi, mencari cara untuk meningkatkan produktiviti dan berdaya saing di peringkat global.

"Semua ini (persekitaran yang lebih baik untuk PKS) memerlukan kolaborasi, bukan sahaja pembiayaan, tetapi juga dari sudut pandangan dasar dan sehingga kepada pelaksanaan, serta untuk semua ahli untuk melihat apa yang sedang berlaku," katanya.

Pada masa ini, Ishkandar berkata adalah penting untuk tidak mempunyai banyak jurang antara pembuat dasar dan PKS dan berharap Belanjawan 2020 akan datang dapat memudahkannya.

Abdul Rahman dan Ishkandar  ditemui pada pelancaran "ISMC 2019: Kejayaan Pelaksanaan Industri 4.0".

Acara tiga hari itu bermula hari ini , dianjurkan bersama oleh Lean Smart Solutions Industri PLT dan MyRAS.

Ia meliputi pelbagai topik dalam merapatkan jurang dalam Industri Pengilangan Pintar Antarabangsa 4.0, termasuk apa yang disediakan oleh kerajaan untuk industri, kapasiti dan dan keupayaan terkininya, apa yang tiada untuk mencapai pelaksanaan penuh Industri 4.0 dan penyelesaian untuk mengisi jurang itu.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel