BERITA

DEUM minta kerajaan fokus bidang keusahawanan untuk belia, wanita

KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Dewan Ekonomi Keusahawanan Malaysia (DEUM) meminta kerajaan memberikan fokus terhadap bidang keusahawan untuk belia dan wanita pada Belanjawan 2020 berikutan tahap kemiskinan bandar yang membimbangkan ketika ini. 

Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Pusat DEUM, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata berdasarkan kajian pihaknya, populasi perpindahan masyarakat luar bandar ke bandar yang tinggi telah mengakibatkan kebanyakan mereka menjadi miskin bandar yang teruk. 

"Kita harap kerajaan dapat berikan penekanan yang lebih terhadap isu ini. Salah satu penyelesaian kepada masalah ini ialah menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang utama atau bidang kedua sumber pendapatan,” katanya selepas melancarkan 'Panic Button’ bagi aplikasi telefon bimbit MMSOS di sini, hari ini. 

Beliau memberi contoh gaji di bandar berjumlah RM5,000 tetapi sebenarnya tidak cukup untuk menyara diri dan keluarga kerana komitmen yang tinggi seperti bil utiliti, sewa rumah, bayaran ansuran kereta dan sebagainya, berbanding jika tinggal di kampung.

“Jadi untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung, peluangnya ialah menjadi usahawan seperti menjalankan perniagaan secara sambilan dalam talian (online) dan sebagainya di samping menerapkan elemen Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan proses automasi dan pertukaran data,” katanya. 

Bagi golongan wanita pula, Khairul Khuzaini berkata ia peluang bagi mereka menambah pendapatan keluarga sekiranya mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak kerajaan. 

”Bidang keusahawanan ternyata dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup yang efektif. Apa yang kita (dewan) minta bukanlah untuk memberi 'ikan' dan makan, tapi memberi 'pancing' sebagai dorongan.

"Jadi pertimbangkanlah ia sebagai bidang kedua untuk mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar menceburkan diri demi kelangsungan hidup yang lebih baik pada masa hadapan,” jelasnya. 

Belanjawan 2020 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 11 Okt ini.

Terdahulu Khairul Khuzaini berkata MMSOS adalah sebuah aplikasi yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan jika mereka terlibat dalam sebarang kecemasan. 

Dengan ‘Panic Button’ atau butang kecemasan itu, katanya pengguna boleh memohon bantuan pasukan tindakan MMSOS yang terdiri daripada 12 badan awam  termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM), Skuad 69 PDRM, Persatuan Kepolisan Komuniti Kuala Lumpur dan Selangor serta St John Ambulans.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel