BERITA

Belanjawan 2020 berpandukan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 - Mohd Redzuan



PETALING JAYA, 19 Sept -- Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yakin Belanjawan 2020 bulan depan akan berpandukan intipati Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata hal ini kerana wawasan berkenaan mampu membantu dan meningkatkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.

“Bagi memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara industri dan maju, belanjawan mesti selaras dengan wawasan itu dan ia juga adalah misi bagi MED untuk memastikan cita-cita itu dilaksana dan tercapai.

“Malah, belanjawan kali ini adalah amat penting bagi MED sebagai kementerian yang menyelaras program keusahawan," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan 2019, di sini, malam tadi.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan wawasan baharu yang dikenali Kemakmuran Bersama dengan matlamat menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha memajukan negara.

Wawasan itu adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan saksama di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030.

Baru-baru ini, Dr Mahathir menegaskan wawasan itu adalah usaha untuk merapatkan jurang kemiskinan antara negeri kaya dan miskin, bandar dan luar bandar serta pendapatan pekerja.

Mengulas mengenai majlis itu, Mohd Redzuan berkata majlis seumpama itu wajar diperbanyakkan kerana dilihat mampu mencungkil bakat serta potensi usahawan muda.

"Melihat kepada pemenang tadi, ramai anak muda berjaya dalam bidang keusahwanan dan menjadi penanda positif bidang ini ada pelapis yang berpotensi tinggi," katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media, Hagenz Choo.

Majlis anugerah berprestij anjuran Des Prix Infinitus Media menyaksikan 70 anugerah diberikan kepada usahawan, ahli perniagaan dan pemimpin industri tempatan dan seluruh Asia.

  -- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel