PUTRAJAYA, 20 Sept -- Kementerian Pendidikan (KPM) berharap bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), serta industri pembukuan dan bahasa diberi keutamaan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Okt depan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kementeriannya terus komited memenuhi aspirasi pendidikan iaitu untuk menawarkan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat.
"Kita ingin memastikan bidang TVET menjadi sebahagian daripada benda penting untuk dibawa dalam bajet kali ini.
"Kita juga ingin mempersiapkan mahasiswa kita dengan kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk menjadi lebih berdaya saing di pasaran kerja,” katanya kepada Bernama.
Maszlee berkata kementeriannya juga akan memberi penekanan terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam banyak perkara di peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti.
Belanjawan 2020 bertemakan Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi, mencerminkan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan berkualiti untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi yang mana pertumbuhan dapat dirasai setiap lapisan masyarakat.
Dalam Belanjawan 2019, sektor pendidikan diberi peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan kerajaan untuk tahun tersebut.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel