KOTA KINABALU, 23 Sept -- Kerajaan negeri Sabah berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada bulan depan akan menyentuh tuntutan royaliti minyak sebanyak 20 peratus.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah, antara negeri pengeluar minyak dan gas negara, memerlukan dana untuk membangunkan prasarana untuk rakyat.
"Kita sedar dan tahu kekangan kewangan di peringkat pusat tetapi dalam pada itu kita perlukan kewangan untuk membangunkan negeri Sabah.
"Harapan kita ialah bukan hanya yang telah kita bincangkan berhubung kait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan direalisasikan tetapi (royalti) minyak juga harus dilihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pejabat Sabah Shell Petroleum Company Limited di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas harapan Sabah terhadap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober ini.
Mohd Shafie berkata hasil sektor minyak dan gas menjadi antara isu ketika dan selepas pilihan raya.
"Ia menjadi isu yang dilontarkan oleh masyarakat tentang bagaimana minyak yang merupakan hasil dari Sabah tetapi perolehan tidak sebanyak itu.
"Kita kena memahami keadaan ini. Jadi harapan saya dan sudah saya maklumkan kepada Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) tentang perkara ini dan menjadi harapan kita usaha ini dapat dijayakan," katanya.
Mengenai lawatannya ke Pejabat Sabah Shell Petroleum Limited di sini, Mohd Shafie berkata bagi merapatkan kerjasama dengan Shell, antara syarikat petroleum yang ada di Sabah.
Menurutnya kerajaan negeri mahu memanfaatkan sektor yang ada dan meningkatkannya lagi untuk kebaikan negeri.
"Syarikat yang melabur di negeri ini perlu merealisiasikan keuntungan mereka dan memastikan mereka boleh berada di sini bukan sahaja untuk melabur malah memberi pekerjaan kepada anak-anak Malaysia termasuk Sabah," kata Mohd Shafie.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel