BERITA

DPMM harap pembangunan usahawan Bumiputera kekal sebagai agenda nasional



KUALA LUMPUR, 24 Sept  (Bernama) --  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap pembangunan usahawan Bumiputera akan kekal sebagai agenda nasional dengan kerajaan terus menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk program itu.

“Kami berharap peruntukan dan bantuan yang disediakan bagi segmen dalam belanjawan sebelumnya tidak akan dikurangkan dalam Belanjawan 2020,” kata Presiden DPMM Datuk  Seri Hussein Alhabshee, yang mengongsikan harapan persatuan itu bagi Belanjawan 2020 dengan pemberita, di sini, hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM4.5 bilion bagi dana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk RM1 bilion kepada PKS Bumiputera, yang disediakan melalui institusi kewangan komersil dengan jaminan 70 peratus daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan.

Kerajaan juga mengumumkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd memperuntukan RM200 juta bagi industri borong dan runcit, serta pembelian premis perniagaan untuk disewakan kepada PKS Bumiputera.

Selain itu, RM100 juta diperuntukan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional)  bagi membiayai perusahaan kecil.

Sementara itu, mengulas mengenai pembangunan semula Kampung Baru, Setiausaha Agung DPMM Amirhamzah Karim berkata kerajaan perlu mempertimbang memajak tanah itu daripada pemilik masing-masing daripada membelinya di bawah harga pasaran.

“Nilai semasa tanah itu ialah RM2,000 satu kaki persegi, dan kerajaan menawarkan untuk membeli pada RM850 satu kaki persegi. Amat jauh perbezaannya.

“Sebagai contoh, Kerajaan boleh, memajak tanah itu selama 60 tahun dan membangunkannya,” katanya sambil menambah dengan berbuat demikian tanah itu kekal sebagai tanah rizab Melayu.

Beliau juga berkata DPMM percaya bahawa tiada keperluan untuk menjual tanah itu.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dilaporkan telah menyatakan bahawa  beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet esok, di mana mereka akan membincangkan kadar harga yang ditawarkan kepada dermawan dan pemilik tanah Kampung Baru.

-- BERNAMA




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel