SUNGAI BULOH, 24 Sept (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya (KKR) menzahirkan harapan supaya kerajaan dapat menyediakan peruntukan lebih besar kepada kementerian itu menerusi Belanjawan 2020 supaya projek infrastruktur yang dirancang terutama di Sabah dan Sarawak dapat dibangunkan serta diselenggara.
Menterinya, Baru Bian berkata ini kerana kawasan di Sabah dan Sarawak menjadi keutamaan berikutan terdapat pelbagai isu dibangkitkan termasuk berkaitan projek penyelenggaraan jalan raya di kedua-dua negeri berkenaan.
“Kita setuju bahawa fokus diberikan terhadap (projek KKR) di Sabah dan Sarawak yang mana turut dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
“...dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini telah beri tumpuan khas kepada Sabah dan Sarawak… dan sebagai anak jati Sarawak, kita sendiri tahu bagaimana keadaan infrastuktur di negeri itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas harapan kementeriannya untuk Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Okt ini.
Baru berkata pihaknya juga sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan isu peruntukan tersebut.
Justeru katanya, adalah diharapkan dengan peruntukan yang lebih besar, projek pembangunan infrastuktur di bawah seliaan KKR yang tertangguh akan dapat diselesaikan.
“Kita tidak boleh nak dedahkan berapa yang kita minta, tetapi kita berharap peruntukan itu akan lebih (banyak) berbanding sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri KKR, Mohd Anuar Mohd Tahir dilaporkan berkata beberapa projek pembangunan infrastuktur di Sabah dan Sarawak tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan peruntukan.
Kata Mohd Anuar, antara tumpuan projek di bawah kementerian itu adalah pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya Pan Borneo di kedua-dua negeri terbabit.
Pada Belanjawan 2019 lepas, KKR memperoleh peruntukan sebanyak RM6.115 bilion berbanding tahun sebelumnya iaitu RM3.763 bilion.
Sementara itu, mengulas mengenai CLQ, Baru berkata penempatan pekerja yang dimiliki oleh Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB) itu, diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja binaan.
Katanya CLAB akan memantau pelaksanaan pusat penempatan pekerja binaan berkenaan termasuk menyelia segala kos operasi serta penyelenggaraannya.
"Sejak dirasmikan awal tahun lepas sehingga Julai tahun ini, kira-kira 5,151 pekerja binaan di kawasan sekitar telah menetap di sini.
“Di penempatan ini mereka hanya perlu membayar RM170 sebulan untuk seorang sahaja termasuk dengan kemudahan air, elektrik dan gas,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel