BERITA

Pergetah harap bantuan musim tengkujuh diteruskan dalam Bajet 2020

Gambar fail Bernama

BALING, 25 Sept -- Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah (Pergetah) berharap Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah dapat diteruskan dalam Bajet 2020 yang akan dibentangkan kerajaan bulan depan.

Pengerusinya Mohd Taufik Yaacob berkata bantuan itu yang telah diperkenalkan sebelum ini dilihat dapat membantu meringankan beban golongan itu terutama bagi menyara keluarga ketika musim tengkujuh pada bulan November, Disember dan Januari.

“Jika dihitung, pekebun kecil hanya boleh menoreh empat ke lima bulan dalam setahun sahaja, malah dalam tempoh sebulan hanya 10 hari mereka boleh keluar menoreh disebabkan hujan, jadi bantuan ini wajar diteruskan kerana mereka tiada sumber pendapatan lain jika tidak menoreh,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada program dialog bersama pekebun dan penoreh getah daerah Baling sempena Karnival Rahmah Kedah peringkat daerah Baling di sini.

Mohd Taufik yang juga Penyelaras Parlimen Baling berkata bantuan itu turut membantu pekebun kecil yang terkesan secara langsung dengan kemerosotan harga komoditi itu di peringkat global.

BMT diperkenalkan kerajaan memberi manfaat kepada lebih 274, 639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di seluruh negara dan di Kedah sahaja terdapat  45,297 orang yang layak menerimanya.

Menerusi bantuan itu, pekebun kecil getah menerima bantuan sebanyak RM600 yang dibayar dua peringkat iaitu pada akhir tahun berjumlah RM300 dan baki RM300 disalur pada awal tahun.

Dalam pada itu, Mohd Taufik berkata Karnival Rahmah Kedah yang diadakan selama 10 hari bermula 21 Sept lalu memberi peluang kepada pekebun kecil untuk mendaftar kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) bagi membolehkan mereka membuat tuntutan skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Katanya, sehingga kini lebih 50 peratus pekebun kecil getah di negeri ini belum membuat tuntutan tersebut dan berharap mereka dapat mengambil peluang itu sebelum akhir tahun ini.

“Selain itu, RISDA Baling juga telah membuka kaunter pendaftaran kad PAT-G serta urusan lain berkaitan pekebun kecil getah daerah itu sebagai kemudahan kepada pekebun kecil di Baling dan tidak perlu  ke pejabat Lembaga Getah Malaysia di Sungai Petani untuk berurusan,” katanya.

-- BERNAMA


 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel