KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2020 untuk membantu mereka melaksanakan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).
Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming berkata kementerian telah mengemukakan permintaan tersebut kepada Kementerian Kewangan.
“Selain itu, kami (turut) berharap untuk mempunyai lebih banyak insentif yang diselaraskan terutamanya untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing berikutan konflik AS-China,” katanya kepada pemberita di luar Seminar Industry4WRD Grant Thornton Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, Ong berkata sehingga 21 Sept, 2019, lebih 600 syarikat memohon Penilaian Kesediaan Industry4WRD (Industry4WRD-RA) dan sebanyak 133 syarikat yang layak.
Industry4WRD merupakan dasar negara mengenai Industri 4.0 yang dilancarkan pada 31 Okt, 2018, manakala Industry4WRD-RA adalah proses yang memerlukan syarikat menilai keupayaan dan kesediaan mereka untuk melaksanakan Industri 4.0.
"Kami masih menilai yang lain untuk melihat sama ada mereka layak, dan kami mahu memperluaskan Industry4WRD-RA kepada seberapa banyak syarikat yang layak secepat mungkin supaya kami dapat mencapai sasaran kami sebanyak 500 syarikat," kata Ong, sambil menambah kementerian berharap dapat menyaksikan sasaran tersebut dicapai pada akhir tahun.
Grant Thornton Malaysia menjalankan seminar separuh hari mengenai Industry4WRD, disokong oleh MITI untuk orang ramai memahami inisiatif kerajaan dan insentif cukai bagi industri pembuatan untuk menyokong IR 4.0.
Seminar tersebut membincangkan topik seperti Dana Strategik Pelaburan Domestik yang dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Penyelesaian Pembiayaan untuk Industry4WRD oleh Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan insentif cukai untuk IR 4.0 oleh Grant Thornton Malaysia.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel