PONTIAN, 25 Sept (Bernama) -- Kurangkan cukai untuk peralatan nelayan, adalah antara permintaan golongan itu menjelang pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen, 11 Okt ini.
Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Johor Selatan, Yaacob Mohd Said berkata, para nelayan kini berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pengecilan kawasan perikanan berikutan pembangunan di persekitaran perairan Tanjung Piai.
“Saya memang berharap pihak kementerian menurun atau menghapuskan cukai peralatan nelayan seperti enjin, jaring, bot. Bila nelayan beli (peralatan) dengan harga yang lebih rendah dengan pendapatan kini, maka adillah dengan pendapatan ini,” katanya ketika ditemui di jeti nelayan Tanjung Piai di sini, hari ini.
Mengakui pendapatan kini tidaklah sebaik dahulu, dia berkata pendapatan yang boleh dibawa balik ke rumah agak rendah berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kalau peralatan dibeli dengan harga tinggi, ia agak membebankan untuk kami, jadi saya berharap tolonglah pihak kami, masyarakat nelayan di sini,” katanya yang telah bekerja sebagai nelayan selama 15 tahun.
Bapa kepada enam anak itu, turut mengharapkan elaun sara hidup nelayan ditambah baik memandangkan cabaran masa kini bagi para nelayan untuk membawa pulang pendapatan baik untuk keluarga seperti dahulu.
“Ada antara kami terpaksa buat kerja-kerja kebun untuk menampung keluarga selain keluar ke laut untuk mencari hasil. Kadangkala tidak setimpal apa yang kami dapat dengan kos yang kami keluarkan,” katanya.
Perkara yang sama turut diakui oleh seorang lagi ahli persatuan iaitu Jofri Abdul Rahim.
Dia yang menjadi nelayan sejak berusia 12 tahun pula mengharapkan agar kerajaan dapat melonggarkan syarat-syarat untuk memohon bantuan bagi nelayan.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 55 nelayan di sekitar Tanjung Piai, dengan hanya 15 dipercayai masih aktif.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel