KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Kerajaan perlu mempertimbang untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengatasi tekanan global yang menjejaskan Malaysia, menurut pakar ekonomi terkemuka.
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata satu daripada pendekatan utama itu ialah memastikan rakyat Malaysia dalam golongan B70 berbelanja lebih.
“Pendapatan tambahan bagi golongan kurang berada akan mendorong mereka untuk berbelanja. Anda memberikan lebih banyak wang kepada golongan kaya, namun mereka tidak akan membelanjakan lebihan wang.
“Namun, jika anda memberikan lebih banyak wang kepada orang kurang berkemampuan, mereka mungkin membelanjakan wang itu,” katanya dalam taklimat media mengenai Laporan Pembangunan dan Perdagangan tahunan, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) di sini hari ini.
Jomo yang juga Penasihat Penyelidikan Kanan Institut Penyelidikan Khazanah berkata sistem percukaian yang lebih efektif akan menghasilkan perbezaan ketara bagi meningkatkan pendapatan kerajaan.
“Ketika ini, disebabkan hutang yang diwarisi kerajaan, dapat difahami bahawa lebih banyak hutang telah (dibuat). Berdasarkan keadaan serius yang berlaku di dunia ketika ini, saya berpendapat lebih penting untuk kita memastikan payung disediakan sebelum hujan,” katanya.
Jomo berkata terdapat banyak kaedah untuk menambah baik percukaian korporat berbanding hanya menukar kadar cukai.
“Sebagai contoh, sekiranya syarikat memperuntukkan pelaburan tambahan, anda mungkin memberikan mereka pelepasan cukai kerana mereka melabur dan meningkatkan kapasiti ekonomi negara.
“Pada asasnya, apa yang anda mahu ialah percukaian pintar. Anda mahu insentif ekonomi yang bermakna. Anda mahu memberi ganjaran kepada keusahawanan,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel