KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2020, yang akan dibentangkan pada 11 Oktober depan, dijangka menjadi bajet pengembangan untuk mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia sekiranya berlaku potensi kemelesetan ekonomi global pada 2020, kata AllianceDBS Research.
Bagaimanapun, kerajaan mungkin berdepan kesukaran untuk memperkenalkan langkah-langkah pengembangan di samping mengekalkan usaha untuk mengurangkan defisit fiskalnya disebabkan oleh paras hutang kerajaan yang tinggi ketika ini, kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.
"Keseluruhannya, kami menjangka kerajaan mengekalkan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini daripada 3.7 peratus pada 2018. Namun, kami menjangkakan defisit fiskal kekal berada dalam keadaan mencabar pada sekitar 3.2 peratus pada 2020, lebih tinggi daripada 3.0 peratus disasarkan dalam belanjawan sebelumnya,” kata firma itu.
Walaupun sasaran itu mungkin tidak tercapai berikutan pembiayaan tambahan diperlukan, firma penyelidikan itu berkata langkah-langkah pengembangan penting untuk merangsang ekonomi bagi menangani persekitaran pertumbuhan global yang perlahan.
Pada separuh pertama 2019, ekonomi Malaysia berkembang perlahan pada kadar 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus dalam tempoh yang sama pada 2018 berikutan pertumbuhan sektor pembuatan yang sederhana dalam keadaan kelembapan pelaburan awam dan swasta.
AllianceDBS Research berkata Bantuan Sara Hidup (BSH) kemungkinan akan dinaikkan kepada RM360 berdasarkan kepada jangkaan subsidi bahan api bersasar sebanyak RM30 sebulan bagi tempoh 12 bulan, yang dijangkakan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
"Ini kemungkinan akan membawa kepada pemberian tambahan sebanyak RM1.08 bilion," kata firma penyelidikan itu.
Walaupun kerajaan telah menyatakan tiada pelaksanaan cukai tambahan pada belanjawan akan datang, firma penyelidikan itu berkata ia menjangkakan cukai digital akan dilaksanakan kali ini, seperti yang dirancang dalam belanjawan sebelumnya, untuk memberikan aliran pendapatan tambahan kepada kerajaan.
"Mengenai fiskal, kami mengharapkan kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemat dan mempelbagaikan sumber pendapatannya.
"Pada tahun-tahun mendatang, kami percaya kerajaan berkemungkinan akan mengurangkan hasil berkaitan minyak berikutan harga minyak mentah Brent yang tidak menentu, manakala cukai pendapatan korporat dijangka kekal sebagai penyumbang utama kepada hasil kerajaan," kata firma itu.
AllianceDBS Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.7 peratus dan 4.5 peratus masing-masing bagi 2019 dan 2020, memandangkan pertumbuhan global sederhana ekoran cabaran seperti perang perdagangan Amerika Syarikat dan China, prestasi tidak menentu mata wang pasaran sedang pesat membangun dan ketegangan geopolitik.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel