KUALA PILAH, 26 Sept -- Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Okt ini diharap lebih banyak menumpukan kepada soal kebajikan rakyat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.
Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun pertama pentadbiran banyak menumpukan kepada soal pengurusan berhemah bagi menangani lambakan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
“Kita harap pada tahun kedua ini lebih kepada mengutamakan kebajikan rakyat akan diteruskan oleh kerajaan PH walaupun kita dah teruskan dalam tempoh setahun ini tetapi masih ada kekangan di atas faktor hutang yang terlampau banyak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup pertandingan Kalam Jamaie dan Kalam Sya’bi Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini hari ini.
“Saya percaya, perkara tersebut (hutang), sebahagiannya telah diselesaikan dan kita harap pada tahun akan datang, aspek mengutamakan kebajikan rakyat khususnya masyarakat di luar bandar dan golongan B40 akan diberikan keutamaan,” katanya.
Ditanya mengenai cadangan yang dikemukakan kementerian dalam belanjawan tersebut, Eddin Syazlee berkata ia masih terlalu awal untuk beliau memberikan ulasan.
“Saya percaya setiap agensi dibawah kementerian akan kemukakan cadangan tertentu. Saya berharap kita tak mahu lagi dengar agensi-agensi dibawah kementerian berdepan masalah dari segi perbelanjaan.
“Saya percaya Yang Berhormat Menteri (Gobind Singh Deo) amat mengambil berat tentang isu ini dan saya yakin perkara ini akan dapat diatasi pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel