BERITA

Belanjawan: KBS harap peruntukan tambahan untuk persediaan Tokyo 2020



KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan diharap meningkatkan peruntukan bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Belanjawan 2020, berbanding peruntukan RM1 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri KBS, Steven Sim Chee Keong berkata peruntukan tambahan itu penting bukan sahaja untuk persediaan terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, tetapi juga untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

“Kalau kita ingin menyasarkan pingat emas di Sukan Olimpik, saya rasa bukan sahaja di Tokyo, tapi juga di Paris (2024) dan Los Angeles (2028), maka kita perlu bermula dengan pembangunan akar umbi sekarang. Kita juga ingin melihat kepada peruntukan dana yang lebih banyak kepada sukan untuk wanita.

“Itu merupakan satu visi Menteri (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), jadi saya harap kita akan dapat peruntukan yang munasabah ke arah itu,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Undang-undang Sukan Antarabangsa di Pusat Arbitrasi Antarabangsa Asia (AIAC) hari ini.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen pada 11 Okt ini.

Mengulas lanjut, Steven berkata walaupun pada 2019 KBS menerima peruntukan yang sama dengan tahun sebelumnya, pihaknya dapat merenggangkan bajet itu menerusi strategi urus tadbir yang baik untuk membuat lebih banyak perkara.

Beliau berkata ia dapat dilakukan menerusi langkah-langkah penjimatan dan proses tender terbuka, yang mana sebanyak 80 peratus penjimatan dilakukan dalam program Fit Malaysia, manakala tender terbuka bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) menyaksikan penjimatan 30 peratus.

Turut hadir, bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

-- BERNAMA




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel