KUCHING, 27 Sept -- Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) berharap kerajaan pusat dapat menambah peruntukan kepada negeri ini dalam agihan peruntukan Belanjawan 2020, yang akan dibentangkan 11 Okt depan.
Presidennya Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata antara lain wujud keperluan tambahan peruntukan pembangunan di negeri ini yang dilihat masih ketinggalan, berbanding negeri-negeri di Semenanjung dari segi pembangunan.
"Pembangunan secara tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada orang kita, yang akhirnya dapat memacu komuniti perniagaan," katanya pada sidang media program Sesi Pertemuan Perniagaan Bersama Ketua Menteri Sarawak yang akan diadakan 8 Okt, di sini, hari ini.
Abang Karim berkata tambahan peruntukan juga penting bagi negeri ini, dalam usaha melaksana lebih banyak projek infrastruktur, dalam sasarannya menjadi setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung, dari segi pembangunan menjelang 2030.
Sementara itu, mengulas mengenai program yang akan diadakan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Abang Karim berkata pihaknya menjangkakan kehadiran 600 orang terdiri dari ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.
Beliau berkata, antara intipati menarik program di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan tema ‘Pengembaran Ke 2030’ itu termasuk dialog secara terus dengan Abang Johari.
Katanya mereka yang berminat boleh membeli tiket berharga RM100, dengan menghubungi seketariat SBF di talian 082-237148.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel