KOTA KINABALU, 28 Sept -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat menaikkan kadar pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM9,000 kepada RM18,000 berikutan keadaan ekonomi kini yang tidak menentu.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata beliau berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2020, bagi mengurangkan beban tanggungan dan kos sara hidup rakyat yang kini semakin meningkat.
“Disebabkan oleh kos sara hidup yang sangat tinggi, selain persekitaran ekonomi yang tidak menentu, kita berharap kadar pelepasan cukai individu itu dapat dinaikkan. Begitu juga dengan kadar pelepasan cukai bagi isteri yang tidak bekerja, perlu dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000.
“Kadar ini sudah terlalu lama dan kita melihat bahawa kadar pelepasan cukai ini tidak bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara. Saya yakin dengan peningkatan pelepasan cukai ini penjawat awam dapat menyusun semula perbelanjaan isi rumah dan ekonomi kita juga akan lebih makmur serta berdaya saing,” katanya selepas Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Sabah, di sini hari ini.
Beliau juga berharap ada khabar gembira kepada penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji, kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020 itu.
“Selain itu kita mahu agar jumlah anggota perkhidmatan awam dikekalkan saiz yang ada sekarang iaitu sebanyak 1.62 juta kerana kita sudah mengetahui bahawa walaupun bilangan itu besar, namun ia meliputi empat cabang perkhidmatan iaitu polis, tentera, guru dan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Azih mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober ini.
“Kita berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar, kerana telah mengambil tindakan yang segera di atas pelantikan ini, selepas sahaja kenyataan yang dikeluarkan CUEPACS pada 26 Sept lepas.
“Dengan pelantikan ini kita harap teraju kepimpinan awam dapat diteruskan dengan baik dan sempurna,” tambahnya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel