BERITA

[EKSKLUSIF] Jualan dana asing masuki minggu kedua di Bursa Malaysia



Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan prestasi lemah minggu lepas dalam keadaan sektor luaran yang tidak menentu serta ketidakpastian berhubung kelayakan bon kerajaan Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bagi tempoh  23-26 Sept, pelabur asing kekal sebagai penjual bersih, membawa keluar kira-kira RM13.6 juta daripada Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, aliran keluar itu berkurangan perlahan-lahan apabila dibanding dengan hari dagangan pendek minggu sebelumnya pada 17-20 Sept di mana dana asing dijual sebanyak RM249.3 juta. Pasaran ditutup pada 16 Sept sempena cuti Hari Malaysia.  

"Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi perlahan akan terus menjejaskan sentimen. Langkah siasatan rasmi ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang dibuat oleh dewan perwakilan membayangkan ketidakstabilan politik di AS mungkin juga akan menjejaskan sentimen minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, para penganalisis juga mempunyai pandangan berbeza tentang kelayakan bon Malaysia untuk kekal dalam senarai pemerhatian FTSE Russell sehingga semakan semula seterusnya pada Mac 2020.

Meskipun MIDF Research berkata berita itu menyediakan sentimen positif kepada ringgit, ekuiti tempatan memberikan reaksi negatif, dengan seorang penganalisis menyatakan agak sukar untuk mengekang jualan asing. 

FTSE Russel berkata ia mengekalkan bon Malaysia dalam senarai pemerhatian pendapatan tetapnya sehingga semakan semula seterusnya pada Mac. 

Sementara itu,Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata trend aliran keluar dana asing di dalam negara meningkat sejak beberapa minggu lepas berikutan pertumbuhan perlahan ekonomi global. 

Beliau berkata setakat ini, aliran keluar dana bersih adalah sebanyak RM7.8 bilion. 

"Saya percaya saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar sebuah daripada anak syarikat Petronas menjadi syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia akan menarik lebih ramai pelabur menyertai institusi itu. 

"Idea itu sepatutnya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan aliran keluar dana, jikapun tidak dapat meningkatkan aliran masuk dana, yang seterusnya dapat menstabilkan aliran keluar dana yang kita lihat hari ini,” katanya. 

Pada Jumaat, Tun Dr Mahathir menamakan Petronas Carigali sebagai satu daripada calon, sambil menambah, terdapat juga beberapa kemungkinan lain. 

Ketika ini, Petronas Chemicals, Petronas Dagangan dan Petronas Gas merupakan antara 30 syarikat berkaitan indeks di Bursa Malaysia.

Nazri Khan berkata para pelabur juga menunggu Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Okt depan. 

"Kami berharap pengumuman positif daripada belanjawan itu akan membantu menarik lebih banyak aliran masuk dana ke dalam negara,” katanya.

FBM KLCI Bursa Malaysia berada pada 1,592.93 pada paras penutup Isnin (23 Sept) dan mengakhiri minggu tersebut (27 Sept) pada 1,584.14.

Bagi asas mingguan, indeks tersebut turun 13.27 mata daripada paras penutup 1,597.41 Jumaat minggu sebelumnya (20 Sept).

Sementara itu, ringgit, yang ditutup pada 4.1770 pada Isnin, mengakhiri minggu ini pada 4.1860 pada Jumaat .

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel