BERITA

Belanjawan 2020: Orang Asli mahu peruntukan lebih besar



GUA MUSANG, 30 Sept -- Lebih 10,000 penduduk Orang Asli di Kelantan mahu kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di perkampungan mereka dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Okt ini.

Antara harapan mereka pada belanjawan kali ini adalah perubahan dalam projek khususnya pembinaan jalan perhubungan berturap di setiap kampung yang selama ini terhalang laluan dengan keadaan jalan berselut dan rosak terutama pada musim tengkujuh. 

Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop, Lojing, Andol Busu Jamin, 51, berkata kaum Orang Asli memerlukan banyak kemudahan kerana kebanyakan penempatan mereka terletak di kawasan pedalaman dan jauh dari bandar.

Kerajaan harus meneliti setiap keperluan kemudahan asas yang diperlukan kaum berkenaan dan peruntukan lebih besar untuk membawa segala perubahan termasuk aktiviti ekonomi sebagaimana yang dinikmati kaum lain. 

Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat untuk memberikan peruntukan besar bagi membawa perubahan itu kerana masih ramai penduduk Orang Asli hidup terpinggir. 

"Kami memang mengharapkan pembentangan Belanjawan 2020 bulan hadapan ada kelegaan kepada kami yang memerlukan lebih banyak projek kemudahan asas," katanya. 

Penghulu Orang Asli Kampung Aring 5, Raina Anjang, 52, pula berkata, keutamaan dalam belanjawan itu juga ditumpukan kepada pembinaan lebih banyak rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Ini kerana terdapat ramai kaum itu yang sudah berumah tangga tinggal di merata tempat kerana belum mempunyai rumah PBR dan masih tinggal di bangsal yang dibina sendiri. 

"Keadaan itu tidak memberi keselesaan kerana bangsal itu sebagai tempat berteduh sementara dan tidak lama ia semakin rosak," katanya. 

Beliau berkata, Orang Asli tidak sabar untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2020 yang lebih positif untuk kemajuan semua kaum termasuk dalam pendidikan. 

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel