Oleh Kenny Teng Khoon Hock
GEORGE TOWN, 30 Sept -- Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebagai langkah untuk merangsang pasaran hartanah sekunder dan mengurangkan lebihan hartanah.
Presiden FIABCI Malaysia, Michael Geh berkata pasaran hartanah primer dan sekunder berada di landasan pemulihan dan sentimen positif penting untuk mengekalkan kemajuannya.
"Kami berharap kerajaan akan menyemak semula RPGT yang dianggap tidak popular kerana RPGT yang berterusan ketika ini menjejaskan mereka yang menimbang untuk menaik taraf rumah mereka," katanya kepada Bernama ketika berkongsi harapan FIABCI untuk Belanjawan 2020.
Geh berkata dasar mesra pasaran oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kewangan telah merangsang pasaran hartanah sejak enam bulan lepas.
"Jadi, sekarang kami berharap lebih banyak dasar merangsang pasaran semasa Belanjawan 2020, supaya pasaran hartanah dapat meningkat tahun depan," katanya.
Semasa pembentangan Belanjawan 2019 tahun lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mengenakan RPGT lima peratus kepada semua rakyat Malaysia dan menaikkan cukai sebanyak lima peratus bagi warga asing kepada 10 peratus bagi mereka yang menjual hartanah mereka selepas tahun kelima.
Lim dijadual membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt depan di Parlimen.
Geh juga menggesa kerajaan memperluaskan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan menawarkannya kepada pembeli hartanah warga asing.
"Menghubungkan pembelian hartanah dengan MM2H adalah cara yang lebih diterima pakai untuk memujuk orang lain membeli hartanah Malaysia.
"MM2H perlu diteruskan bersama dengan pemeriksaan ketatnya bagi memastikan kita menerima orang yang benar-benar mahu menetap di sini dan menyumbang kepada ekonomi di sini,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel