BERITA

[EKSKLUSIF] Kerajaan, telco perlu cari titik keseimbangan untuk memenuhi agenda negara, keuntungan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Kerajaan dan syarikat telekomunikasi (telco) perlu mencari titik keseimbangan menerusi libat urus berterusan untuk memenuhi agenda negara dalam menyediakan internet lebih pantas dan mampu kepada rakyat Malaysia, serta melindungi aspek kuntungan ketika industri itu berlumba untuk kecekapan kos.

Ketua Jabatan Operasi dan Pengurusan Sistem Maklumat Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Shamsul Bahri Zakaria berkata antara cara yang wajar dipertimbangkan termasuk insentif dan pelepasan cukai untuk telco meningkatkan infrastruktur mereka serta memenuhi kewajiban untuk memperluas perkhidmatan mereka ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) memberikan banyak cabaran kepada telco dalam usaha untuk membina infrastruktur dan pada masa yang sama mengurangkan perbelanjaan operasi mereka.

"Kita agak berselerak, dari segi liputan data, di mana bandaraya besar telah dilengkapi dengan infrastruktur. Tidak seperti di kawasan luar bandar, ia agak terhad. Jadi, ini merupakan cabaran besar kerana pada masa yang sama, telco berusaha meneruskan perniagaan mereka dan cuba menampung kawasan yang kurang menguntungkan," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Pada Ogos, Kabinet meluluskan pelaksanaan NFCP untuk tempoh lima tahun mulai tahun ini sehingga 2023 dengan kos RM21.6 bilion. NFCP akan menyediakan kesalinghubungan digital di seluruh negara yang pantas, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu kepada rakyat Malaysia. 

NFCP akan dibiayai oleh dana industri telco Universal Service Provider (USP), dijana daripada enam peratus pendapatan terkumpul industri dan sebahagian pelan perbelanjaan modalnya.  Pecahan bagi anggaran RM21.6 bilion itu adalah 50-50 atau 60-40. 

Dalam nota penyelidikannya baru-baru ini, Kenanga Research menjangkakan prospek dalam sektor itu sebahagian besarnya akan dipacu oleh perlumbaan untuk kecekapan kos.

Telco terus berdepan cabaran oleh harga kompetitif dan pelanggan beralih kepada pakej lebih nilai wang manakala penetapan kos operasi sektor itu secara menyeluruh merangkumi hanya membabitkan  merasionalisasikan rangkaian dan mengecilkan kos langsung.

"Walaupun kami membiarkan andaian kami tidak berubah ketika ini, kami mengalihkan tumpuan kami kepada Telekom Malaysia (TM), yang menghadapi tekanan jualan ketara berikutan keputusan pengendali talian tetap itu untuk membuat pelaburan besar dalam perniagaan mudah alih, yang berdepan cabaran kompetitif dan pada masa yang sama sudah tepu," katanya. 

Pada Jun 2018,  kerajaan melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), yang telah berjaya mengurangkan kepada separuh harga pelan internet generik 30Mbps, dua bulan selepas itu.

Setakat Disember 2018, kerajaan telah berjaya mencapai sasaran mengurangkan harga jalur lebar sebanyak 25 peratus dengan kebanyakan telco termasuk Celcom Axiata Bhd, Maxis Bhd dan TIMEdotCom Bhd, menurunkan harga jalur lebar mereka antara 30 hingga 65 peratus.

Dalam nota penyelidikan baru-baru ini,  AmInvestment Bank menjangkakan tekanan berterusan terhadap purata hasil setiap pengguna (ARPU) dan trajektori pelanggan, berdasarkan persaingan mudah alih kekal sengit sejak empat tahun lepas.

Sementara itu, Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)  Lau Zheng Zhou berkata industri telco tempatan dilihat melaksanakan pembaharuan besar-besaran dari segi produk dan juga perkhidmatan, serta struktur dan budaya organisasi.

Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Ok, akan menjadi peluang baik untuk memenuhi objektif Visi Kemakmuran Bersama dengan merapatkan jurang digital.

Beliau mencadangkan insentif untuk menggalakkan pelaburan langsung domestik untuk mempercepat pelaksanaan infrastruktur 5G, serta insentif untuk meningkatkan penembusan jalur lebar gentian, terutamanya di kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang bandar-luar bandar.

Kerajaan juga harus menggalakkan penembusan jalur lebar gentian yang lebih tinggi di kawasan awam dan institusi.

"Saya begitu bersemangat dengan tumpuan rentas kementerian untuk mengambil langkah  dalam menyediakan Malaysia untuk berjaya dalam Ekonomi Digital, yang tentunya memerlukan infrastruktur telekomunikasi yang baik meliputi seluruh negara.

"Bagaimanapun, penting juga untuk ambil perhatian bahawa sektor swasta memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan mencapai matlamat dasar itu," katanya, sambil menambah penggiat telekomunikasi mungkin melihat manfaat bersama yang lebih besar dengan bekerjasama, yang mungkin termasuk penggabungan dan pengambilalihan, sebagai cara untuk mengoptimumkan kos struktur sambil mempromosikan tawaran berasaskan penyelesaian, di dalam dan luar negara.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel