Oleh Farhana Poniman
PUTRAJAYA, 1 Okt -- Belanjawan 2020 akan memberi penekanan kepada usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang kerja dengan gaji munasabah untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk bekerja, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat peluang samarata untuk mencari kerja yang memberikan gaji munasabah.
“Saya percaya pekerja Malaysia adalah lebih baik daripada pekerja asing daripada Bangladesh dan Myanmar tetapi anda perlu beri mereka insentif yang betul.
“Tiada sebab untuk pekerja kita terlepas peluang untuk bekerja kepada pekerja Myanmar dan Bangladesh, tetapi apa yang kurang mungkin motivasi dan semangat, yang boleh ditemukan menerusi gaji lebih baik,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Okt, 2019.
Lim berkata penekanan juga akan diberikan tentang bagaimana untuk mewujudkan kerja yang memberikan gaji munasabah yang sepadan dengan kemahiran mereka.
Dalam ucapannya pada mesyuarat perundingan Belanjawan 2020 pada 27 Jun, Lim berkata kerajaan kini aktif menguruskan tekanan kos hidup yang dihadapi rakyat.
Kadar inflasi bagi Mac, April dan Mei 2019 kekal rendah dan stabil pada 0.2 peratus.
Beliau berkata pertumbuhan upah juga sama penting dengan pengurusan kos hidup kerana adalah kurang selesa untuk mengambil kira kedudukan daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sekiranya upah tidak turut naik.
“Untuk mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi, satu-satunya cara yang mampan untuk berbuat demikian adalah dengan meningkatkan produktiviti kita. Kerajaan telah mengenal pasti Industri 4.0 sebagai sumber baharu pertumbuhan produktivii dan ekonomi. Ini secara spesifiknya bermakna pendigitalan ekonomi, dan guna pakai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, data besar dan robotik dalam kehidupan seharian kita dengan lebih meluas,” katanya.
Dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah untuk memangkin proses pendigitalan terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), seperti skim jaminan oleh syarikat milik kerajaan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan RM3 bilion menerusi Dana Transformasi Pendigitalan Industri dikendalikan Bank Pembangunan Malaysia Bhd.
Sementara itu, Lim berkata Kementerian Kewangan turut mengamalkan dasar baharu pada tahun ini yang akan memulangkan semua simpanan dibuat oleh mana-mana kementerian, menerusi pembaharuan pentadbiran, kepada kementerian yang sama.
Beliau berkata, di masa lepas, simpanan ini akan dikembalikan semula kepada kerajaan tetapi dengan dasar baharu ini, kementerian kini boleh menikmati sepenuhnya simpanan dijana daripada pembaharuan pentadbiran.
“Ini akan membolehkan mereka menjalankan lebih banyak projek kerana kerana mereka tidak lagi perlukan kelulusan Kementerian Kewangan apabila mereka perlu menggunakan simpanan itu.
'’Kami melihat kementerian-kementerian sudah begitu bersemangat untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh menggunakan simpanan untuk projek lain. Kami fikir ini akan menjadi pencetus perubahan untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel