JOHOR BAHRU, 1 Okt -- Kerajaan negeri berharap kerajaan pusat akan menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada Johor dalam pembentangan Belanjawan 2020 berikutan Johor bakal menganjurkan beberapa acara besar tahun depan.
Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Okt ini.
Selain memacu pertumbuhan ekonomi negeri, Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata peruntukan itu juga diharap dapat memastikan penganjuran beberapa acara besar seperti Tahun Melawat Johor 2020 dan temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Johor berjalan lancar.
“Semua ini memerlukan kos yang tinggi. Diharap kerajaan persekutuan dapat membantu dan memberi lebih peruntukan,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Islamic Finance Rendezvous Series 2019 anjuran bersama Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Gabenor BNM Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour.
Menurut Dr Sahruddin, peruntukan itu juga dapat memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbang cadangan itu berikutan Johor merupakan antara penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
“Berdasarkan statistik terkini, Johor menyumbang RM136.5 bilion iaitu 9.6 peratus KDNK,” katanya.
Terdahulu, Program Islamic Finance Rendezous Series 2019 bertemakan “Fikir Halal, Fikir Kewangan Islam” dianjurkan bagi membantu komuniti perniagaan yang menceburi industri halal untuk mempertimbang penggunaan sepenuhnya produk dan perkhidmatan yang ditawarkan institusi kewangan Islam.
Dr Sahruddin berharap Johor mampu menjadi hab halal bagi membantu meningkatkan pertumbuhan KDNK dan eksport.
“Setakat ini, kita sudah mencapai sasaran (hab halal), tetapi kita mahu menambah (jumlah) pemain industri untuk fokus kepada halal,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel