Oleh Soon Li Wei
KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Kerajaan diharapkan memberi tumpuan kepada usaha melindungi kawasan hijau dan hutan simpan di sekitar bandar besar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ‘sihat’, selain turut mendengar pendapat penduduk setempat dalam soal pembangunan.
Timbalan Pengerusi Save Kuala Lumpur Datuk M. Ali berkata di ibu kota, kawasan hijau yang dikenal pasti seperti dari Jalan Damansara, Jalan Semantan sehingga ke kawasan Bukit Tunku dan Bank Negara Malaysia diharapkan dapat diwartakan sebagai hutan simpan seperti mana yang dilakukan terhadap Taman Eco Rimba Bukit Nanas.
Katanya kerajaan juga perlu mengadakan siri dialog bersama penduduk di peringkat akar umbi terlebih dahulu khususnya dalam pembangunan, kerana penduduk setempat lebih memahami akan sejarah dan keadaan kawasan mereka serta dapat memberi pandangan terhadap sesuatu projek pembangunan sebelum ia diluluskan.
"Kami tidak menentang pembangunan, penduduk seperti kami juga berhak untuk turut terlibat dalam kesemua projek pembangunan khususnya dalam bandar kerana hakikatnya, ruang dan kawasan hijau di ibu kota sudah semakin kurang.
"Jangan fokus hanya kepada pihak pemaju dan ahli perniagaan semata-mata, sesi dialog itu perlu melibatkan persatuan penduduk, ahli akademik, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan kerana mereka juga merupakan 'stakeholders' dalam membuat keputusan terhadap sesuatu projek pembangunan,” katanya kepada Bernama.
Katanya apabila sesuatu pendengaran awam atau sesi dialog dilakukan, ia akan membantu kerajaan merangka pelan dan peruntukan secara efektif berdasarkan input yang diperoleh daripada pelbagai pihak setiap kali sebelum meluluskan sesuatu projek pembangunan.
"Misalnya, TIA (penilaian impak trafik) dan SIA (penilaian impak sosial) wajib dibentangkan, termasuk anggaran peruntukan dan perbelanjaan diambil kira bagi memastikan sesuatu projek itu dapat dilaksanakan secara sistematik dan tidak berlaku terlebih bajet atau pembangunan tidak perlu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong Yee Poh Ping berharap agar bayaran kebajikan untuk warga tua serta bayaran kematian bagi keluarga berpendapatan rendah bagi mengadakan upacara pengebumian tanpa mengira kaum dan agama dapat diberikan menerusi Belanjawan 2020.
"Golongan miskin bandar terpaksa menanggung beban kos pengebumian yang tinggi dan ada kalanya mereka terpaksa membuat pinjaman bank semata-mata untuk pengebumian ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.
"Jika kerajaan prihatin terhadap mereka, bayaran itu perlu diberikan bagi meringankan beban dan kos kehidupan yang semakin tinggi," katanya.
Beliau juga berharap agar kerajaan dapat memberikan peruntukan khas kepada persatuan penduduk di seluruh negara terutama di kawasan bandar bagi menjalankan aktiviti mereka.
Katanya banyak peruntukan seperti itu telah dimansuhkan mengakibatkan beban terhadap komuniti setempat yang menghadapi kekurangan bajet dalam menjalankan aktiviti rukun tetangga mereka.
"Contohnya, skuad keselamatan secara sukarela yang dijalankan oleh persatuan penduduk serta komuniti tempatan memerlukan dana.
"Kebanyakan kawasan Projek Perumahan Rakyat dan rumah kos rendah memerlukan peruntukan sedemikian bagi menjalankan aktiviti mereka. Mereka merupakan golongan B40 yang turut memerlukan bantuan bagi pendapatan sampingan dan menyara keluarga," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel