BERITA

MTDC harap lebih banyak peruntukan untuk pendigitalan PKS dalam belanjawan 2020



Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) menggesa lebih banyak peruntukan diberikan dalam Belanjawan 2020 untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melaksanakan pendigitalan dalam operasi mereka.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata lebih banyak dana diperlukan untuk menyokong PKS memodenkan operasi mereka untuk memasuki dunia digital.

“Tetapi pada masa yang sama, kerajaan perlu memastikan dana itu hanya disalurkan kepada  pihak yang benar-benar bersedia untuk menjalani proses transformasi itu,” katanya kepada Bernama dan Astro Awani di luar acara Pameran dan Persidangan Teknologi MTDC (MTCE 2019) selama dua hari di sini, hari ini.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Okt.

Bertema “Ekosistem Kejuruteraan dan Industri 4.0 (I4.0), MTCE 2019 yang bermula pada Isnin, menghimpunkan pemimpin industri, usahawan PKS, pemilik syarikat pemula niaga, ahli akademik, penyelidik dan penuntut untuk berkongsi idea dan mendapatkan inspirasi daripada perkembangan I4.0 .

Abdul Rahman, yang juga bekas ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut menggesa kerajaan untuk “MeMalaysiakan” kerja yang dipegang warga asing, dan mencontohi  China dan Korea Selatan dalam memperkukuh pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dalam kalangan penggiat industri tempatan.

“China dan Korea Selatan telah mentransformasi ratusan juta tenaga kerja mereka menerusi pendidikan atau latihan vokasional.

“Kita patut mencontohi mereka, dan kita patut bermula dengan melatih lepasan sekolah kita, pekerja diberhentikan kerja atau siswazah,” katanya dan menurutnya sebaik sahaja pekerja tempatan telah dilatih, ditambah dengan penggunaan teknologi tinggi dan dana, lebih mudah untuk PKS mentransformasi perniagaan mereka dan mengurangan kebergantungan kepada pekerja asing.

Mengenai kesediaan PKS tempatan untuk mengamalkan I4.0, Abdul Rahman berkata beliau melihat mereka sudah bersedia dan tidak sabar untuk mendigitalkan operasi mereka.

“Mereka mempunyai sikap yang betul dan mereka sedar sekiranya mereka tidak mengamalkan I4.0 atau mendigitalkan operasi mereka, mereka akan ketinggalan dan mungkin terpaksa gulung tikar.

“Tetapi masalahnya, mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula, kerana PKS biasanya membabitkan perniagaan kecil dengan jumlah pekerja dan kos operasi yang terhad,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan PKS untuk menghubungi MTDC untuk memastikan mereka lebih faham tentang bagaimana mereka boleh mentransformasi perniagaan mereka dengan memanfaatkan gelombang pendigitalan.

MTDC, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan syarikat tempatan menerusi pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan atau memanfaatkan teknologi asing.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel