BERITA

GST : Langkah perkenal semula perlu diteliti, cabaran ubah persepsi rakyat



Oleh Nursyabiha Sukri

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Implikasi kepada rakyat, harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) wajar diperkenalkan semula.

Sebaik mana pun sistem percukaian itu, namun bagi pengguna usaha itu hanya gagal jika menjadi punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan sebagaimana pelaksanaan GST sebelum ini walaupun dapat meningkatkan hasil kerajaan.

Bagaimanapun, cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) semalam seperti dinyatakan oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih supaya GST diperkenalkan semula pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020, mungkin boleh dilihat dari aspek berbeza.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata adalah sukar untuk mengubah persepsi pengguna terhadap GST berdasarkan pengalaman sebelum ini yang menyaksikan cukai itu memberi impak negatif kepada rakyat sehingga membawa kepada pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Pada pandangan saya mungkin masalah (penolakan GST) berlaku kerana pelaksanaannya yang menyebabkan rakyat terbeban (dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan khususnya yang keperluan). Kadar enam peratus yang dikenakan dahulu adalah tinggi.

"Jika mahu GST diperkenalkan semula, kerajaan perlu menstrukturkan semula kadar itu supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, jika kerajaan dapat memberi jaminan sedemikian beserta penjelasan kukuh dan mengambil kira tahap kemampuan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), beliau yakin perkara itu dapat diterima baik oleh rakyat.

Beliau juga bersetuju dengan pendapat Dr Kamal Salih bahawa hasil pendapatan GST dapat membantu mengukuhkan kewangan kerajaan berbanding pelaksanaan  Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Mohd Yusof berkata antara kebaikan GST ialah pihak yang sepatutnya membayar cukai tidak boleh melepaskan diri berikutan proses pendaftaran yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 

"GST ada proses pendaftaran oleh pihak kastam dan syarikat tidak boleh mengelak daripada membayar cukai yang dikenakan. Kalau kita lihat hasil pendapatan daripada GST dan SST memang berbeza iaitu pendapatan SST (setahun) dalam RM22 billion manakala GST RM41 billion.

"Oleh itu, tidak dinafikan bahawa pendapatan negara akan lebih meningkat dengan pelaksanaan GST. Namun, sekiranya diperkenalkan semula, sebahagian daripada rakyat tidak akan bersetuju dan boleh menjejaskan kedudukan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berpendapat, GST wajar diperkenalkan semula dengan syarat ia tidak menambah bebanan rakyat dan terbukti memberi manfaat kepada negara.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh dan telus untuk memperkenalkan semula GST terutamanya mengenakan kadar lebih rendah berbanding enam peratus sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap peniaga yang terbukti mengambil kesempatan mengenakan caj lebih mahal jika GST dilaksanakan.

"Perkara ini yang membimbangkan rakyat. Contohnya jika kadar GST yang ditetapkan empat peratus tetapi peniaga naikkan harga sehingga enam peratus atas alasan GST dan ini pastinya menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel