KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Firma e-dagang terkemuka di rantau ini menzahirkan keyakinan terhadap perancangan berterusan kerajaan untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing mereka dalam Belanjawan 2020.
Platform kesetiaan dan pembayaran Fave berkata menerusi usaha mengguna pakai teknologi, PKS boleh meningkatkan produktiviti dalam mendepani cabaran dalam negara sekiranya berlaku kelembapan ekonomi, serta meningkatkan kecekapan mereka untuk jangka panjang.
Fave, yang beroperasi di 35 bandaraya di Malaysia,Singapura dan Indonesia, berkata ia telah membantu puluhan ribu PKS untuk menjana RM400 juta dalam pertumbuhan perolehan di rantau itu pada 2018.
"Transformasi digital sedang berlaku merentasi pelbagai sektor perkhidmatan, khususnya dalam makanan dan minuman (F&B), pusat kecergasan dan industri runcit.
"Fave ialah platform pedagang yang pertama membenarkan PKS F&B membina infrastruktur teknologi mereka untuk meningkatkan perniagaan mereka dan berkembang dengan efisien menerusi aplikasi mudah alih yang ringkas dan mudah digunakan oleh pelanggan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fave berkata industri perkhidmatan makanan menyumbang hampir 2.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia pada 2016.
Pada 2017, sektor itu mencatatkan nilai pengeluaran kasar sebanyak RM82.8 bilion dan menggaji 958,803 pekerja.
Fave berkata pertambahan populasi bandar di Malaysia turut mendorong peningkatan ketara bagi produk makanan.
Bagaimanapun, PKS F&B berdepan cabaran dalam operasi harian mereka seperti kos sewa yang tinggi dan tenaga kerja serta capaian kepada pelanggan.
"Kami di Fave optimistik dengan pengumuman kerajaan untuk memberi tumpuan kepada peruncit untuk mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan digital demi kebaikan ekonomi negara,” kata syarikat itu.
Dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM210 juta dari 2019 hingga 2021 untuk menyokong peralihan dan perpindahan PKS ke dalam Industri 4.0.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel