BERITA

Sektor dotcom harap kepada pelepasan cukai bagi PKS guna perkhidmatan pendigitalan



Laporan eksklusif oleh:  Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Industri dotcom berharap kepada langkah pengurangan cukai yang berganda dalam Belanjawan 2020 yang akan datang, jika boleh dalam bentuk pelepasan cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan perkhidmatan pendigitalan pada tahun pertama operasi berbanding geran teknologi konvensional.  

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Exabytes Network Sdn Bhd Chan Kee Siak berkata kaedah pendigitalan seperti pengkomputeran awan, perisian dan perkhidmatan penggunaan instrumen amat diperlukan untuk PKS berkembang.

“Ia benar-benar membantu jika kerajaan dapat membenarkan pengurangan berganda untuk PKS yang menggunakan perkhidmatan digital.

“Ini sama dengan 20 tahun lepas apabila kerajaan perlu menggalakkan pembelian komputer peribadi (PC). Jika anda membeli PC, anda boleh potong daripada cukai pendapatan anda, dan anda boleh menggandakan pengurangan atau mempercepatkan pengurangan perbelanjaan modal anda sebagai syarikat, dan dengan itu, syarikat dapat berjimat dan meraih manfaat dalam menggunakan teknologi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Exabytes dan Freshworks Inc dari Amerika Syarikat menandatangani perjanjian kerjasama untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka.

Chan berkata keadaan hari ini agak berbeza berikutan kerajaan tidak perlu memberi insentif; sebaliknya, ia perlu memudahkan penyepaduan perkhidmatan awan dan perkhidmatan digital lain untuk menggalakkan PKS melaksanakan pendigitalan sepenuhnya.

“Mereka (PKS) perlu berbelanja untuk instrumen tersebut yang membantu mendigitalkan produk atau operasi mereka, dan apabila mereka menggunakan instrumen itu, mereka akan dapat meningkatkan kecekapan mereka dan mengembangkan perniagaan,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Freshworks, katanya Exabytes akan menawarkan perisian libat urus pelanggan yang inovatif, bersama dengan pelbagai penyelesaian yang sedia ada, termasuk web-hosting, emel dan pemasaran digital, menjadi penyedia penyelesaian sehenti perkhidmatan berasaskan awan untuk PKS.

Sebagai permulaan, Exabytes akan menawarkan empat produk daripada Freshworks yang sesuai untuk PKS dalam mana-mana industri.

Empat produk itu ialah sistem tiket meja bantuan Freshdesk-omnichannel; perisian pemesejan moden Freshchat untuk jualan, pemasaran dan sokongan; penyelesaian Freshsales-CRM dan sistem jualan untuk pasukan jualan; dan suite pengoptimuman penukaran Freshmarketer-semua dalam satu.

Ditubuhkan pada 2001, Exabytes Network Sdn Bhd merupakan penyedia perkhidmatan awan dan web-hosting terkemuka di Asia Tenggara.

Freshworks yang mempunyai ibu pejabat di California pada masa ini memberikan perkhidmatan kepada lebih 100,000 perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di 121 negara. Kumpulan itu mempunyai lebih 2,000 ahli pasukan di seluruh dunia.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel