BERITA

Sunway REIT tingkatkan nilai hartanah kepada RM15 bilion pada tahun kewangan 2025



PETALING JAYA, 2 Okt -- Sunway REIT Management Sdn Bhd, pengurus Sunway Real Estate Investment Trust (REIT), menyasarkan untuk meningkatkan nilai hartanahnya kepada RM15 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 (FY25) di bawah inisiatif Transcend 2025 (TC25).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata pada masa ini, nilai hartanah Sunway REIT berjumlah RM8.05 bilion, yang diuruskan melalui 17 aset.

"Sasaran (untuk meningkatkan nilai hartanah) akan dicapai melalui pelaksanaan strategi pelbagai aspek, termasuk kepelbagaian geografi di dalam dan luar negara," katanya dalam taklimat media mengenai strategi syarikat pada masa depan di sini, hari ini.

Enggan mendedahkan butiran mengenai kepelbagaian, Ng berkata syarikat masih mengkaji semua pasaran di luar negara untuk memastikan ia membuat pilihan yang betul dari segi penembusan pasaran yang menjanjikan pulangan yang baik kepada syarikat dan pemegang sahamnya.

TC25 adalah program yang merangka pelan tindakan strategik untuk memanfaatkan kepelbagaian Sunway REIT, memanfaatkan teras strategiknya untuk menetapkan matlamat jangka sederhana dan aspirasi sehingga FY25.

Berhasrat menjadi REIT yang pelbagai dan utama di Malaysia di bawah inisiatif itu, Ng berkata TC25 turut merancang untuk memanfaatkan trend mega global untuk mengembangkan pelaburan dalam subsektor pertumbuhan yang pesat, seperti e-dagang, untuk mempelbagaikan portfolio asetnya.

Inisiatif itu turut melihat pengambilalihan yang diterajui peluang, pembangunan semula, pemulihan dan penjualan, selain meninjau pembangunan dan peluang yang dibina untuk disesuaikan, katanya.

"Di bawah TC25, kami turut mencari peluang penggabungan dan pengambilalihan, meninjau peluang pelaburan bukan tradisional dan mengamalkan pengurusan risiko berhemat dan mampan," katanya.

Mengenai Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Okt, 2019, Ng berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai pegangan untuk pelabur melabur dalam REIT kepada sifar peratus daripada 10 peratus pada masa ini.

"Apa yang Malaysian REIT Managers Association (MRMA) senaraikan (dalam senarai permintaan belanjawannya) berkaitan dengan cukai pegangan untuk pelabur individu. Hari ini, apa-apa hasil yang diperoleh oleh pelabur tertakluk kepada potongan 10 peratus.

"Apa yang kami beritahu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kewangan ialah, jika kita mahu berdaya saing seperti REIT di Singapura (kita perlu mengurangkan cukai pegangan individu untuk REIT)," katanya.

Ng berkata pengurangan cukai pegangan individu diharap akan menarik lebih ramai pelabur melabur dalam REIT Malaysia pada masa akan datang.

Cukai pegangan individu bagi REIT di Singapura pada masa ini ialah sifar peratus.

-- BERNAMA 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel