BERITA

Johor harap Belanjawan 2020 luluskan peruntukan RM15 juta bina laluan pejalan kaki



JOHOR BAHRU, 3 Okt -- Kerajaan negeri berharap peruntukan kira-kira RM15 juta untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung dari Tambak Johor ke Woodlands, Singapura, akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata hal ini kerana usaha bagi membina laluan pejalan kaki berkenaan yang sebelum ini berada dalam peringkat cadangan telah pun dipersetujui oleh kerajaan pusat.

Menurutnya, sekiranya peruntukan itu diluluskan, pembinaan dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

“Kerajaan pusat setuju, saya sudah mohon peruntukan untuk laksanakan tahun depan. Cepat dapat, cepat mula kerja asas. Buat masa ini minimum kos adalah RM15 juta,”  katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas membuat tinjauan laluan bas di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, awal pagi tadi.

Menurutnya, pembinaan pejalan kaki itu adalah antara  jalan yang cepat selain beberapa cara lain bagi mengatasi kesesakan seperti melebarkan dan memanjangkan tambak.

Mohd Solihan berkata pihak Jabatan Kerja Raya akan meneliti cadangan yang akan dibuat pihak konsultan dan peruntukan sebenar tentunya adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri meminta peruntukan yang lebih kerana bertujuan untuk mencari satu jalan dan kaedah yang sesuai bagi membantu memudahkan pekerja mahupun orang ramai untuk ke Singapura dan balik ke Johor.

Terdahulu, Mohd Solihan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang itu dilaporkan pernah berkata laluan pejalan kaki berbumbung sejauh 1.2 kilometer itu, dicadangkan dibina di atas laluan motosikal sedia ada dan mempunyai dua hala.

Sementara itu, merujuk kepada Belanjawan negeri yang bakal dibentang pada bulan hadapan, beliau berkata terdapat 12 projek keutamaan yang diharapkan.

“Saya ada mengemukakan senarai permohonan, yang 12 projek itu saya beri keutamaan, merangkumi pembinaan jalan dan jambatan baharu di negeri ini , selain lampu-lampu jalan dan penyambungan beberapa jalan sedia ada. Kita tunggu semasa pembentangan nanti,” katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel