BERITA

Pertunas mahu kerajaan pertimbang GST pada kadar lebih rendah



KUALA TERENGGANU, 3 Okt -- Persatuan Tunas Usahawan Nasional (Pertunas) menyambut baik kesediaan kerajaan mengkaji keperluan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), selain berpandangan kadar yang lebih rendah wajar dipertimbangkan.

Setiausaha Agung, Nurliana Muhammad berkata langkah ini dapat mengimbangi kesan langsung kepada rakyat berpendapatan rendah terutama kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Kajian pelaksanaan semula GST itu tepat pada masanya kerana ia terbukti sebagai sistem pencukaian yang lebih cekap dan efisien untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini.

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah cukup matang dan memahami keperluan kerajaan dalam melaksanakan semula sistem GST bagi memastikan ekosistem ekonomi negara jangka panjang dapat diimbangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem GST sekiranya itu kemahuan rakyat.

“Sekiranya rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji.

"Kalau itu yang kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri, di Putrajaya.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk melaksanakan sistem pencukaian itu tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menyarankan kerajaan agar memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Mengulas lanjut, Nurliana berkata kerajaan boleh mengetepikan dahulu janji manifesto serta sentimen politik dan melihat kepentingan negara secara menyeluruh.

“Dengan GST, ia dapat mengelakkan ‘ekonomi terlindung’ atau ‘black economy’ yang mana kerajaan kehilangan kutipan cukai hampir RM60 bilion,” katanya.

Beliau berkata sistem GST memberi keseimbangan dalam pendapatan kerajaan, bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal, malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan, program keusahawanan dan kebajikan untuk rakyat yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalan raya, jambatan, sekolah, hospital, klinik, subsidi petani atau nelayan.

“Pelaksanaan GST penting untuk program dan projek, yang dapat memberikan lebih peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat di samping mempertingkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel