BERITA

Wisma Putra harap dapat lebih peruntukan dalam Belanjawan 2020

Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA, 3 Okt -- Kementerian Luar berharap diberi peruntukan lebih dalam Belanjawan 2020 agar dapat melahirkan lebih ramai pegawai diplomat bertaraf dunia serta memperkasakan Wisma Putra secara keseluruhan, kata menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Wisma Putra, katanya, akan memanfaatkan peruntukan itu bagi memperluaskan program pensarjanaan para diplomatnya melalui kerjasama dengan universiti awam tempatan untuk mereka melanjutkan pengajian secara separuh masa di peringkat doktor falsafah (PhD) dan sarjana.

Wisma Putra mempunyai kira-kira 500 pegawai ketika ini dan daripada jumlah itu, hanya antara lima dan tujuh pegawai sahaja yang mempunyai PhD, katanya.

"Kita perlu tingkatkan nisbahnya bagi menambah bilangan diplomat yang pakar dalam lain-lain bidang," katanya ketika sesi bersama media, di sini hari ini.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019 pada tahun lalu, kementerian itu menerima peruntukan hampir RM800 juta.

Dengan peruntukan tambahan, Saifuddin berkata Wisma Putra mahu meningkatkan kebajikan pegawainya di luar negara di mana selain hal elaun dan insentif, keutamaan juga perlu diberikan untuk penyelenggaraan rumah atau kuarters pegawai yang rosak serta kenderaan kegunaan diplomat.

"Perkara-perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi perlu diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan fokus kerja pegawai," katanya.

Saifuddin menarik perhatian bahawa pihaknya pernah disaman di Perancis disebabkan rumah yang didiami pegawai bocor dan menyebabkan air memasuki rumah orang lain.

Saifuddin berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung keperluan untuk mendapatkan peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2020 itu.

-- BERNAMA 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel