BERITA

[LAPORAN EKSKLUSIF] Kajian perkenal semula GST perlu libatkan pakar ekonomi swasta



Laporan eksklusif oleh: Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 4 Okt -- Penglibatan pakar ekonomi swasta seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) penting jika kerajaan berhasrat untuk melakukan kajian bagi memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan PKS Malaysia Datuk Wira Jalilah Baba berkata ini penting kerana perbandingan teliti perlu dibuat untuk melihat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST yang lebih menguntungkan rakyat.

Jalilah yang juga bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagaimanapun mengakui SST yang diperkenalkan 1 Sep, 2018 adalah membebankan peniaga. 

GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 telah dimansuhkan dan berkadar sifar mulai Mei hingga Ogos 2018.

"Pendapat ahli-ahli peniagaan lebih cenderung kepada GST kerana terdapat mekanisme yang mana kos dapat ditolak daripada jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. 

"Betul, GST lebih baik daripada SST. (Ini kerana cukai) SST yang dikenakan adalah berasaskan invois dan cukai input tidak boleh dituntut seperti GST dan ini merupakan kos kepada perniagaan," katanya kepada Bernama selepas diwawancara menerusi program berita Bernama News Channel, di sini.

Beliau berkata kadar tiga peratus GST yang dicadangkan MIER adalah bersesuaian jika kerajaan mahu memperkenalkan semula GST, seiring negara-negara yang menggunapakai sistem percukaian berkenaan.

"Negara lain kecuali India memulakan GST pada kadar tiga peratus.

“Daripada kajian terdahulu sebelum GST diperkenalkan di Malaysia, memang tahap optimum adalah tiga peratus tetapi sebaliknya terus dikenakan enam peratus dan kadar tersebut turut membebankan perniaga," katanya.

Jalilah berkata, pengalaman pelaksanaan GST sebelum ini juga dapat membantu kerajaan menambah baik mekanisme percukaian tersebut agar lebih berkesan dan mesra rakyat.

Beliau berkata, nilai ambang GST yang tinggi berbanding lebih RM500,000 setahun (pendapatan) sebelum ini akan turut membantu lebih banyak syarikat mendapat pengecualian cukai.

Mengulas kemungkinan pendapatan kerajaan berkurangan sekiranya GST diperkenalkan semula pada kadar tiga peratus, beliau berkata: "Sekali lalu memang seperti berkurangan tetapi kita tidak tahu (aspek) kelayakan yang mungkin diperkenalkan dan jenis perniagaan yang mungkin dikenakan atau dikecualikan cukai itu.”

Pada masa sama, beliau turut menjangkakan impak kepada kos peniaga bagi tempoh peralihan terbabit sekiranya terdapat penambahbaikan dalam sistem percukaian sedia ada.

"Kalau ada pelarasan dan perubahan perisian dilakukan, ini akan memberi tambahan kos,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bersedia mengkaji keperluan memperkenalkan semula GST sekiranya itu merupakan kemahuan rakyat.

Sebelum ini, MIER telah menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangkan pada 11 Oktober ini.

-- BERNAMA 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel