BERITA

Belanjawan 2020 pemacu utama prestasi ringgit minggu depan



Oleh Aishah Mohmad Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Okt -- Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada Jumaat depan akan menjadi pemacu utama prestasi ringgit pada minggu depan, kata seorang penganalisis pasaran.

Penganalisis pasaran FXTM Han Tan berkata pelabur akan melihat kepada sebarang rangsangan fiskal yang dapat menangani cabaran ekonomi luar serta unjuran kerajaan untuk defisit fiskal pada tahun depan.

"Ringgit mungkin memberi tindak balas positif terhadap dasar-dasar yang dapat meningkatkan permintaan domestik, mengambil kira data import baru-baru ini yang menunjukkan penurunan tahun ke tahun untuk penggunaan dan modal barangan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut sehingga Ogos," katanya kepada Bernama. 

Di peringkat luar, pasaran turut memberi tumpuan kepada perbincangan perdagangan akan datang antara Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu depan yang akan menentukan hala tuju minat untuk mengambil risiko bagi baki 2019.

"Tajuk-tajuk akhbar menunjukkan kedua-dua pihak semakin hampir untuk mencapai persetujuan perdagangan yang akan menggalakkan sentimen pasaran dan memacu minat untuk mengambil risiko terhadap aset dalam waktu terdekat," katanya.

Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer akan mengadakan pertemuan dengan Naib Perdana Menteri China Liu He pada 10 Okt untuk membincangkan dengan lebih lanjut isu perdagangan yang menyelubungi dua ekonomi terbesar dunia itu.

Pada minggu depan, Han berkata ringgit mungkin menguji paras rintangan pada USD/MYR 4.20, manakala dolar yang terus menyederhana akan mendorong kedua-dua mata wang itu ke paras sokongan 4.16.

Bagi minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan diniagakan rendah sepanjang minggu, terutamanya dipengaruhi ketidakpastian perbincangan perdagangan AS-China, data perkhidmatan AS  lebih lemah yang telah mencetuskan kebimbangan akan berlaku kemelesetan, kemungkinan penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS serta pembentangan Belanjawan 2020 pada minggu depan.

Ringgit mengakhiri urus niaga pada minggu ini pada paras lebih tinggi  4.1840/1870 berbanding dolar US daripada 4.1860/1900 pada Jumaat minggu lepas.

Mata wang tempatan, bagaimanapun diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0332/0363 daripada 3.0292/0325, turun berbanding euro kepada 4.5928/5977 daripada 4.5732/5793, dan susut berbanding pound kepada 5.1631/1680  daripada 5.1433/1499. 

Berbanding yen, ringgit turun kepada 3.9194/9230 daripada 3.8774/8818 sebelumnya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel